<
>

Anak No. 4 Sukar Difahami Tapi Sangat Setia Dan Berhati Lembut

Anak No. 4 Sukar Difahami Tapi Sangat Setia Dan Berhati Lembut. Tidak dinafikan, setiap individu dan anak yang dilahirkan ke dunia mempunyai personaliti tersendiri dan unik yang tidak sama di antara satu sama lain.

Namun tahukah anda, mengikut pakar psikologi, kedudukan dalam adik-beradik boleh mempengaruhi sikap dan personaliti anak anda. Jom, kami kongsikan fakta anak keempat yang pastinya anda takkan jangka sama sekali.

Baca: Mereka Yang Berusia 36 Ke 40 Tahun, Masa Inilah Yang Paling Banyak Diuji!

1. Sukakan kanak-kanak

 Anak No

Dikatakan sebagai seorang yang penyangang dan sangat sukakan kanak-kanak. Boleh dikatakan, sikap keibuan dan kebapaan telah wujud dalam diri mereka sejak azali. Malah, kanak-kanak juga cenderung untuk menyukai keempat. Seakan-akan ada tarikan istimewa di antara keempat dan kanak-kanak. Istimewa kan?

Disebabkan oleh tarikan istimewa tersebut, keempat kelihatan seperti bijak mengawal kanak-kanak, malah mempunyai daya tarikan yang mampu mengawal tantrum seorang kanak-kanak. Itulah dia betapa istimewanya anak keempat.

2. Tidak suka meminta

Fakta keempat yang seterusnya ialah mereka tidak suka meminta kepada ibu bapa dan kakak serta abang yang lain walau pun mereka adalah adik dan selayaknya menjadi seorang yang manja dan dijamin semestinya akan dapat apa yang dipinta. Namun, kebiasaannya keempat berat mulut untuk meminta kerana bimbang menyusahkan dan dianggap sebagai mengambil kesempatan.

3. Peramah dan suka bergaul

Disebabkan keempat mempunyai 3 orang kakak atau abang, ia membuatkan mereka menjadi seorang yang peamah dan pandai bergaul. Kebiasaannya keempat sangat mudah untuk diajak bersembang.

Dari satu topik ke topik lain, sedar-sedar dah berjam-jam anda berborak walau pun baru sahaj berjumpa. Sikap peramah dan suka bergaul yang ada dalam diri anak keempat membuatkan mereka disukai ramai.

Anak No. 4 Sukar Difahami Tapi Sangat Setia Dan Berhati Lembut

4. Pendengar yang setia

keempat biasanya adalah seorang pendengar yang setia. Kedudukan keempat dalam keluarga biasanya membuatkan keempat menjadi tempat kakak, abang, atau ibu untuk meluahkan perasaan dan berkongsi cerita sejak kecil. Oleh itu, semakin dewasa, anak keempat akan menjadi seorang pendengar yang setia dan sentiasa ada di saat memerlukan.

5. Pandai mengambil hati orang lain

 Anak No

Selain merupakan seorang pendengar yang setia, keempat juga dikatakan seorang yang pandai mengambil hati orang lain. Jika anak keempat mengetahui bahawa seseorang mempunyai masalah, mereka akan berusaha untuk melakukan apa sahaja untuk menghiburkan hati individu tersebut dan membuatkannya kurang tertekan dan beremosi.

6. Mudah mempercayai orang lain

Fakta keempat yang seterusnya ialah mereka sangat mudah untuk mempercayai orang lain. Sikap mudah percaya ini wujud dalam diri mereka memandangkan sejak kecil, terdapat ramai orang di sekeliling yang sentiasa mengambil berat dan melayan mereka dengan baik.

Ada ibu, ayah, kakak atau abang yang sentiasa ada untuk anak keempat. Sikap mudah mempercayai orang lain boleh menjadi sesuatu yang baik, dan kadang-kadang boleh memakan diri sendiri.

Itulah dia 10 fakta anak keempat yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang fakta sulung, tanda lambat bercakap, langkah sawan, dan koleksi nama  perempuan.

Sumber: Pesona Pengantin

Mereka Yang Berusia 36 Ke 40 Tahun, Masa Inilah Yang Paling Banyak Diuji!

Mereka Yang Berusia 36 Ke 40 Tahun, Masa Inilah Yang Paling Banyak Diuji! Tenang di penghujung usia 30 an. Perkongsian […]

Nak Cari Bakal Suami, Jangan Cari Yang Manis Mulut Sahaja!

Nak Cari Bakal Suami, Jangan Cari Yang Manis Mulut Sahaja! Antara faktor penceraian yang utama adalah masalah kewangan. Masalah kewangan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *