Betul Ke Badan Tiba-Tiba Lebam Sebab Benda ‘Mistik’? Ini Penjelasan Doktor!

Betul Ke Badan Tiba-Tiba Lebam Sebab Benda ‘Mistik’? Ini Penjelasan Doktor. Pernah tak anda mengalami bangun dari tidur, anda dapati peha, kaki dan lengan terdapat kesan lebam. Bagi kepercayaan orang dulu-dulu, jika badan mempunyai kesan lebam ia adalah petanda digigit oleh jin atau syaitan kerana tidur terlalu lama. Adakah fakta ini benar mengikut pemahaman generasi sekarang?

Jika diikutkan dalam perubatan tradisional, punca dan kesan lebam berlaku kerana digigit oleh jin apabila seseorang wanita tidur selepas asar, biasanya kesan itu dapat dilihat pada peha kanan atau kiri mereka. Ia juga mempunyai tompok lebam kebiruan, dan jika mampu dilihat, pasti ada 5 lubang halus pada lebam tersebut.

Apa itu kesan lebam mengikut kesihatan?

Lebam adalah perubahan warna kulit yang biasa berlaku disebabkan salur darah kecil pecah dan mengeluarkan darah pada bawah kulit selepas kecederaan traumatik.

Saluran darah terjejas di bawah kulit terkumpul pada bahagian berhampiran permukaan seperti apa yang dilihat sebagai tanda yang berwarna biru dan hitam. Tanda ini adalah dari perubahan warna kulit oleh sel darah merah dan kandungannya.

Apakah simptom lebam?

Betul

a. Kebiasaanya lebam yang masih baru berwarna kemerahan. Kemudian ia akan bertukar kepada biru atau ungu gelap dalam tempoh beberapa jam, kemudian ia akan menjadi kuning atau hijau selepas beberapa hari apabila semakin sembuh.

b. Lebam biasanya ‘lembut’, dan ada masanya ia menyakitkan untuk beberapa hari pertama, tetapi kesakitan itu akan beransur hilang apabila warnanya semakin pudar.

“Rumah Kau Makin Cantik” Allahyarham Abam Kini Berusia 33 Tahun…

Bagaimana lebam ini boleh berlaku?

Tanggapan orang dulu-dulu mengenai punca berlakunya lebam adalah berbeza mengikut kesihatan. Mengikut pakar kesihatan, lebam berlaku disebabkan :

Lebam boleh berlaku pada individu yang kuat bersenam, seperti atlet dan angkat berat.Ia juga disebabkan pengaliran mikroskopik di dalam saluran darah di bawah kulit.

Lebam yang tidak dapat dijelaskan yang muncul dengan mudah atau tanpa sebarang sebab mungkin sebagai petunjuk kepada gangguan pendarahan, terutamanya jika lebam itu disertai dengan pendarahan hidung atau pendarahan gusi yang kerap dan berulang.

Kebiasaannya lebam yang sukar dijelaskan pada kaki atau paha, sebagai contoh, adalah disebabkan pelanggaran tiang katil atau objek lain dan tidak dapat mengingati semula kecederaan yang berlaku.

Lebam pada individu lebih berusia kerap berlaku kerana kulit yang semakin menipis seiring usia. Tisu yang menyokong saluran darah menjadi lebih rapuh.

Lebam merupakan perkara biasa kepada individu yang mengambil ubat untuk mencairkan darah.

Lebam pada bahagian belakang tangan dan lengan – dipanggil actinic purpura atau solar purpura – terjadi kerana terjejas oleh cahaya matahari dan kulit yang nipis.

Bagaimanakah lebam boleh dirawat dan dikurangkan?

Jika anda mengalami lebam pada kaki, peha dan tangan, ianya boleh dirawat sementara lebam masih kemerahan. Jangan biarkan ia terlalu lama kerana akan membuatkan anggota badan anda berasa sakit.

Oleh itu, ada beberapa cara dan langkah yang boleh digunakan untuk mengurangkan kesan lebam pada badan, antaranya :

Letakkan sesuatu yang sejuk seperti pek ais atau beg sayuran sejuk beku pada bahagian badan yang lebam selama 20 hingga 30 minit. Ia bertujuan untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan bengkak. Jangan menggunakan ais secara terus kepada kulit. Balut pek ais dengan tuala.

Jika lebam menjejaskan bahagian yang besar pada kaki, kaki perlu ditinggikan setinggi yang boleh dalam tempoh 24 jam selepas kecederaan.

Acetaminophen mungkin boleh diambil untuk kesakitan seperti yang diarahkan pada botol. Elakkan aspirin atau ibuprofen kerana keduanya akan memperlahankan darah dari membeku, dan mungkin akan memanjangkan pendarahan.

Selepas 48 jam, tuamkan kain pada air suam atau panas. Kemudian letakkan pada lebam selama 10 minit atau lakukannya lebih dua tiga kali sehari untuk mempercepatkan aliran darah ke kawasan lebam untuk membolehkan kulit menyerap darah lebih cepat. Akhirnya warna lebam akan semakin memudar.

Kesimpulan

Jika anda dapati mempunyai kesan lebam yang banyak pada badan, dapatkan rawatan ke pakar kesihatan dengan segera. Kesan lebam yang teruk akan membuatkan anda berasa lesu dan tidak bermaya untuk menggerak. Walaupun ada pendapat yang mengatakan kesan lebam ini berasal dari gigitan jin, ia juga boleh dirawat dan dicegah.

Sumber: Siakap keli

Khidmat ‘Delivery’ Makanan Perlu Ada Surat Kebenaran Polis Atau Surat Majikan – Ismail Sabri

Khidmat ‘Delivery’ Makanan Perlu Ada Surat Kebenaran Polis Atau Surat Majikan – Ismail Sabri. Khidmat penghantaran makanan perlu mempunyai surat […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *