Home Informasi Cara Tukar Kad Debit Maybank Secara Online, Kad Dihantar Ke Rumah!

Cara Tukar Kad Debit Maybank Secara Online, Kad Dihantar Ke Rumah!

0
Cara Tukar Kad Debit Maybank Secara Online, Kad Dihantar Ke Rumah!

Cara Tukar Kad Debit Maybank Secara Online, Kad Dihantar Ke Rumah! Bila cek kad debit bank, lihat tarikh dah luput dan tidka boleh menunaikan transaksi!

Nak pergi bank, rasa malas kerana masalah akan memerlukan masa yang lama berikutan musim Covid-19 yang anda perlukan beratur dan buat temujanji.

BACA:Indonesia Alami Fenomena ‘Tanpa Bayang-Bayang’ Hingga Oktober 2021!

Jadi, rupanya ini cara tukar kad debit khas sekali Maybank secara dalam talian sahaja, kad pun akan dihantar ke rumah!

CARA TUKAR KAD DEBIT MAYBANK SECARA SECARA ONLINE

Menurut Maybank, semua kad debit Maybank boleh ditukar ganti melalui dalam talian kecuali jika kad berkenaan hilang / dicuri atau terlupa nombor PIN.

Jika tidak mahu berurusan di cawangan bank, anda boleh saja menukarkan kad tersebut melalui dalam talian dan tunggu kad yang baru dihantar ke rumah masing-masing.

1. Log masuk Maybank2U

2. Tetapan Pergi ke

3. Kad Pergi ke

4. Pilih Kad Debit dan pergi ke Ganti, Aktifkan & Sekat

5. Tekan titik tiga seperti dalam bulat di gambar

6. Pilih Ganti Kad

7. Isi alamat anda untuk penghantaran Kad, alamat pos bersod negeri anda. Klik di T&C untuk setuju dan tekan Replace Card.

8. Tekan permintaan SMS TAC dan isi TAC yang diterima diruangan yang disediakan.

9. Masukkan nombor TAC dan klik CONFIRM

KAD BARU AKAN DIHANTAR

Kad baru dan anda akan dihantar dalam waktu 9 hari bekerja dari tarikh permohonan.

Sama seperti di cawangan bank, perubahan kad baru ini akan dicaj sebanyak RM12.00 dan ia akan ditolak dari baki akaun Semasa atau Simpanan anda.

Bila kad baru sudah sampai, anda perlu mengaktifkan sendiri kad tersebut melalui dua saluran yang sama ada di ATM Maybank atau secara dalam talian.

Bagi anda yang ingin mengaktifkannya di mesin ATM, ikuti langkah di bawah ini.

1.Masukkan kad

2.Pilih bahasa

3. Masukkan nombor PIN

4.Pilih Transaksi lain

5.Pilih Perkhidmatan lain

6.Tekan skrin seterusnya

7.Tekan pada Pengaktifan Kad

Manakala, bagi yang ingin mengaktifkan secara dalam talian

, ikuti langkah di bawah ini.

1.Log masuk laman web Maybank2U

2. Tetapan Klik

3.Klik Kad

4.Klik Urus Kad Debit

5.Klik Aktifkan

Kad debit baru ini perlu diaktifkan dalam waktu 90 hari seterusnya. Sekiranya gagal, anda perlu membuat permohonan kad baru dan caj pembayaran RM 12 akan digunakan.

Berkenaan dengan PIN pula, anda masih lagi boleh menggunakan PIN yang ada dan tidak perlu tetapkan yang baru. Teruskan, jika mahu menukar PIN, dan anda boleh menggunakan ATM Maybank.

Sumber: Maybank2U, Sirap Limau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here