Home Hiburan Diam2 Dah Berhijab, Mas Idayu dipuji Manis. Ini Antara Foto Yang Tular..

Diam2 Dah Berhijab, Mas Idayu dipuji Manis. Ini Antara Foto Yang Tular..

0
Diam2 Dah Berhijab, Mas Idayu dipuji Manis. Ini Antara Foto Yang Tular..

Penampilan penyanyi dangdut, Mas Idayu yang mengenakan hijab hampir dua minggu lalu mengundang perhatian dan persoalan warganet sama ada dia sudah mengambil keputusan untuk berhijrah.

Menerusi laman Instagram, dapat dilihat penyanyi berusia 49 tahun itu tampil lebih sopan dengan berkongsi posting memaparkan aktiviti harian kepada peminat dan pengikutnya.

Salah satunya adalah foto penyanyi yang popular dengan panggilan ‘mummy’ itu sedang melakukan aktiviti ‘dine-in’ atau makan di restoran pada 1 September lalu sehingga menerima lebih 30,000 tanda suka.

Meskipun tiada kenyataan rasmi mengenai ‘penghijrahan’ tersebut, foto penyanyi lagu Cintaku 100% itu turut dihujani komen peminat dari negara seberang Indonesia yang bersyukur serta memuji penampilan baharu berkenaan.

Malah, ada juga segelintir individu mengatakan penyanyi yang pernah menerima jolokan ‘Ratu Gelek’ itu kelihatan semakin muda dan berseri selain mendoakan supaya dia kekal istiqamah dalam menutup aurat.

Sebelum ini, terdapat beberapa artis wanita turut terbuka berkongsi imej baharu mereka seperti Betty Rahmad, Nana Mahazan, Izara Aishah, Farah Nabilah dan ramai lagi.

Sumber: Instagram Mas Idayu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here