<
>

Doa Agar Orang Yang Kita Sayang, Sayang Kita Kembali

Doa Agar Orang Yang Kita Cintai Mencintai Kita Kembali. Dalam perjalanan hidup kita sewaktu melewati masa muda pastinya kita seringkali di dalam hati ada benih-benih cinta. Rasa cinta yang menular di dalam hati terhadap seseorang boleh terjadi kepada sesiapa saja.

Tidak memandang pada jantina lelaki atau perempuan. Yang pasti benih cinta tersebut akan terus tumbuh pada seseorang dan pastinya cinta kita itu tidak melebihi rasa kasih dan cinta kita pada Allah SWT. Marilah kita doa agar orang yang kita cintai mencintai kita.

Walau bagaimanapun, kerana atas dasar cinta inilah cinta kita terhadap seseorang boleh menjadi abadi, kekal sehingga membawa kepada kebaikan iaitu perkahwinan sebagai jalan pengakhiran cinta. Namun, adakalanya kita mencintai seseorang itu, perasaan yang dipendam itu ternyata kita bertepuk sebelah tangan dan tiada balasan yang mungkin si dia tidak mengetahuinya atau kita malu untuk menyatakannya.

Jika kita merindukan seseorang apakah orang itu juga merindukan kita dan mencintai kita?

Mungkin orang yang kita cinta itu tidak membalas cinta kita lalu dia memilih orang atau di kalangan teman kita sendiri. Betapa sakitnya melalui rasa ini tapi apakan daya kita tak mampu untuk memenangi hatinya walau sudah beribu usaha dilakukan. Akhirnya, kita hanya meminta pertolongan dan memohon dari Allah dengan doa agar orang yang kita cintai itu mencintai kita kembali.

Sekarang, jika anda belum tahu apakah doa agar orang yang kita cintai mencintai kita kembali, di sini dikongsikan ayat dan doa untuk orang yang kita sayang dalam Islam, doa agar dia ingat kita terus, doa agar orang yang kita cintai menjadi jodoh, doa membuat orang jatuh cinta menurut Islam, doa membuka hati orang yang kita cintai, doa agar si dia memimpikan kita atau doa agar seseorang merindukan kita.

Doa Agar Orang Yang Kita Cintai Mencintai Kita Kembali

Rumi : Allahumma Inni As Aluka, Bi Haibati Adhamatika, Wabi Sathwati Jalaalika An Taj’ala Mahabbatii Fii Qalbii … (Sebutkan orang yang dimaksudkan), Wa Alqil Mahabbata Wal Mawad Data Fii Qalbihi Wa Aththifhu, Alayya Bi Fadhlika Yaa Kariim.

Maksudnya : Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu, berkah wibawa keagungan-Mu, dan amukan keluhuran-Mu, agar Kau jadikan kecintaan di dalam hati… (Sebutkan orang yang dimaksudkan). Dan resapkanlah kecintaan dan kasih sayang terhadapku di dalam hatinya. Dan cenderungkan ia padaku lewat anugerah-Mu. Wahai Dzat yg Maha Mulia.

Adalah lebih baik dan afdal jika doa di atas dibaca selepas anda menunaikan solat hajat di sepertiga malam terakhir. Sepertiga malam adalah waktu yang paling mujarab, mustajab dan doa ini dikatakan cepat dan berkesan jika diamalkan dengan betul.

Doa ini cukup mustajab dan janganlah anda menggunakan doa ini untuk perkara dan hal-hal lain dengan niat yang buruk. Gunakanlah doa ini bagi tujuan yang baik seperti untuk mendapatkan seorang wanita yang solehah untuk dijadikan sebagai isteri anda sendiri.

Jika doa pertama adalah doa agar orang yang kita cintai mencintai kita, doa yang berikutnya ini adalah merupakan doa untuk anda yang memiliki bekas kekasih yang telah putus dan ingin dia kembali kepada anda. Ayat dan doa ini juga sama seperti doa yang sebelum ini.

Walau bagaimanapun, diharapkan anda tidak menggunakan doa yang mujarab ini untuk membuat atau melakukan tujuan yang tidak baik. Jadikanlah orang yang anda cintai itu selepas dia kembali kepada anda nanti sebagai teman atau isteri sehidup semati. Sayangilah dia seadanya dia dan berikan kasih sayang terhadapnya dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Sumber: Media Maklumat

Adakah Sah Wuduk Ketika Mekap Masih Ada? Jawapan Datuk Prof Dr. Muhaya Ini Semua Muslimah WAJIB Tahu

Adakah Sah Wuduk Ketika Mekap Masih Ada? Jawapan Datuk Prof Dr. Muhaya Ini Semua Muslimah WAJIB Tahu. Kesempurnaan solat itu […]

“Siapa Yang Sentiasa Jaga Solat, Insya-Allah Rumah Tangganya Kukuh”-Mufti Wilayah

“Siapa Yang Sentiasa Jaga Solat, Insya-Allah Rumah Tangganya Kukuh”-Mufti Wilayah. Dalam institusi rumah tangga, faktor agama adalah elemen yang penting. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *