Home Informasi Ekuinoks September: Seluruh Dunia Akan Alami Waktu Siang & Malam Sama Panjang Khamis Ini

Ekuinoks September: Seluruh Dunia Akan Alami Waktu Siang & Malam Sama Panjang Khamis Ini

0
Ekuinoks September: Seluruh Dunia Akan Alami Waktu Siang & Malam Sama Panjang Khamis Ini

Orang ramai di seluruh dunia termasuk di Malaysia bakal menyaksikan kejadian ‘unik’ tempoh siang dan malam yang sama panjang selama 12 jam pada 23 September ini.

Laman Facebook rasmi Planetarium Negara menjelaskan, hal tersebut adalah disebabkan fenomena ekuinoks September iaitu kedudukan matahari yang berada tepat di atas garisan Khatulistiwa.

“Pada Khamis, 23 September 2021 mulai jam 3.21 pagi, matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa untuk tempoh selama satu hari.

“Dalam tempoh sehari tersebut, seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam,” maklum kenyataan di Facebook tersebut hari ini.

Difahamkan, bagi lokasi yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa seperti di Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador, kawasan-kawasan tersebut akan mengalami peristiwa matahari tanpa bayang.

Hal ini demikian kerana matahari pada waktu itu akan berada tegak dengan tepat di atas kepala pada waktu tengah hari di kawasan-kawasan tersebut semasa berlakunya ekuinoks.

Sumber: Planetarium Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here