<
>

Inilah 5 Sebab Yang Wajib Anda Tahu Kenapa Lelaki Lebih Suka Pada Wanita Yang Garang!

Inilah 5 Sebab Yang Wajib Anda Tahu Kenapa Lelaki Lebih Suka Pada Wanita Yang Garang!Selalu kita rasa perempuan garang ni menakutkan dan tidak digemari oleh sesetengah orang. Gaya dan perwatakan yang nampak kasar dan tiada manisnya selalu buat orang tidak suka.

Tapi sebenarnya memiliki isteri ataupun wanita yang bersikap kasar dan garang ini ada kelebihan serta keistimewaan yang tersendiri. Jika anda memiliki wanita atau isteri yang mempunyai sikap garang, anda sepatutnya bersyukur dan rasa bertuah sebenarnya.

Mungkin dari luar mereka kelihatan garang dan menjengkelkan, tetapi jika anda betul-betul memahami pasangan anda, sudah pasti anda akan lebih menghargai mereka. Nak tahu kenapa mereka yang garang ini lebih digemari oleh lelaki? Ini 5 sebab yang perlu anda tahu.

1. Pelindung terbaik

Masa kita masih budak-budak dulu, semestinya kita mempunyai emak yang garang. Sama juga jika kita dapat pasangan yang garang, mereka ini jenis yang sangat mengambil berat dan melindungi kita setiap masa. Jadi anda tidak perlu takut jika ada orang sekeliling yang ingin mengancam anda.

2. Penasihat terbaik pasangan

Mungkin sudah menjadi sikap kecil lelaki yang tidak akan terlepas daripada melakukan perkara yang bukan-bukan. Jadi jika anda mempunyai pasangan yang garang, sebaik-baiknya anda elakkan diri daripada melakukan perkara yang bodoh sebelum anda terkena penangan pasangan anda.

3. Lebih berdikari

Wanita yang memiliki sikap yang garang ini, jangan sesekali anda merasakan mereka seorang yang lemah. Mereka juga dapat melakukan sesuatu perkara tanpa meminta sedikitpun bantuan daripada lelaki. Mereka juga tergolong dalam orang jenis yang sangat berdikari. Sudah pasti sesebuah perhubungan itu tidak akan mendapat sebarang masalah.

4. Pandai dalam menyelesaikan masalah

Wanita yang garang juga mempunyai satu lagi kelebihan iaitu mereka lebih bijak dalam merancang sesuatu perkara. Wanita jenis ini tidak suka membazirkan masa dan kehidupan seharian lelaki lebih mudah dan teratur.

5. Lebih gemar melakukan kerja

Oleh itu janganlah anda sesekali mengeluh dan rasa menyesal jika memiliki pasangan yang mempunyai sikap garang. Sebaliknya anda adalah orang yang paling bertuah mempunyai pasangan hidup seperti mereka. Jadi hargailah mereka seadanya.

Kalau Si Dia Ada 6 Tanda Ini, Sahlah Dia Mula Jatuh Cinta & Selalu Memikirkan Anda!

Ibarat mandi tak basah, makan tak kenyang. Itulah perumpamaan yang sering dikaitkan dengan orang yang sedang dilamun cinta. Setiap hari, wajah si dia sering bermain di kotak fikiran dan perasaan rindu kian melanda diri. Itulah adat pasangan yang sedang hangat menjalinkan cinta.

Namun, adakah anda juga merasakan perasaan seperti itu? Tertanya-tanya adakah si dia sedang memikirkan diri kamu seperti anda memikirkan dirinya setiap hari. Pasti hati menjadi pedih apabila cinta anda bertepuk sebelah tangan. Jom kita lihat 6 tanda si dia sering memikirkan diri anda dan mula jatuh cinta!

1. INGAT DALAM SETIAP PERBUALAN

Jika dia bertanya kembali kejadian yang kamu ceritakan semalam, bermakna dia fokus ketika kamu berkongsi masalah. Malah jika dia ingat warna baju yang kamu pakai minggu lalu, bermakna dia hargai setiap masa bersamamu. Mungkin dia kedengaran seperti obses, tetapi lelaki tidak akan ingat perkara yang mereka tidak suka.

2. KERAP MENGHANTAR TEKS LUCU

Si dia akan sentiasa menghantar mesej ucapan selamat pagi dengan emoji lucu setiap hari. Ini bermakna perkara pertama yang dia fikirkan adalah kamu! Jangan jual mahal. Balas mesej tersebut dengan emoji senyuman. Kadangkala si dia cuba membuatkan kamu tersenyum dengan sepatah dua pantun lucu. Kalau tak kelakar pun, kamu wajib balas ‘LOL’ agar si dia rasa gembira melihat kamu ketawa.

3. LAPOR DIRI SETIAP WAKTU

Clingynya? Tapi tidak mengapa. Jika dia sering mesej kamu dimana saja dia berada, atau dengan siapa dia lepak minum, dia seorang yang jujur! Dia mahu tunjukkan kepada kamu yang dia tidak berlaku curang dibelakangmu. Malah dia tahu kamu juga sepertinya, tertanya-tanya kemana dia pergi dan lakukan setiap waktu. Jika si dia lakukan semua perkara ini, kamu tak perlu risau lagi!

4. KEJUTAN YANG TIDAK DISANGKA

Tidak kira jika si dia membelikan kamu roti ataupun coklat ketika menjemput pulang dari tempat kerja, kamu perlu makan di depannya sebagai tanda penghargaan. Bayangkan dia sanggup berhenti membeli sesuatu untuk kamu? Bermakna dia mengambil berat dan mahu kamu ceria selepas penat bekerja. Jangan harapkan hadiah mewah setiap hari darinya, coklat pun dah sweet tau!

5. SERING AJAK BERJUMPA

Dalam seminggu,pasti si dia akan mengajak anda untuk keluar bersama. Dia berasa ingin berjumpa anda selalu dan meluangkan masa bersama. Menonton wayang, makan malam dan bersenam adalah perkara yang sering diajak oleh si dia. Dia tidak pernah jemu untuk berjumpa dengan anda. Baginya, dalam sehari jika tidak bertentang mata dengan anda, hidupnya seperti tidak lengkap.

6. MENGINGATI TARIKH LAHIR ANDA

Untuk mengingati tarikh lahir seseorang antara benda yang paling sukar jika dia bukan seseorang yang istimewa untuk kita. Biasanya hanya insan seperti ibu bapa, adik beradik atau sahabat yang benar-benar rapat dengan kita sahaja yang kita akan ingat tarikh lahirnya atau dia ingat tarikh lahir kita. Tetapi, jika seseorang sentiasa memikirkan diri anda, mereka mungkin akan ingat tarikh lahir anda. Jadi, sesiapa yang ingat tarikh lahir anda, itu mungkin petunjuk yang besar buat anda.

Remaja cantik Kongsi ilmu ini kongsi petua rahsia jika ingin kulit ‘flawless’ dengan hanya guna produk drugstore dari Watson’s dan Guardian saja, lagi jimat dan selamat dari ambil produk yang kita tidak tahu asal usulnya…

Remaja cantik Kongsi ilmu ini kongsi petua rahsia jika ingin kulit ‘flawless’ dengan hanya guna produk drugstore dari Watson’s dan […]

Ketahuilah Sebab Jodoh ‘Berat’ Dan Lambat Sampai. Yakin Dengan Ketentuan Allah, InsyaAllah Ada Kemanisan Buat Kita!

Ketahuilah Sebab Jodoh ‘Berat’ Dan Lambat Sampai. Yakin Dengan Ketentuan Allah, InsyaAllah Ada Kemanisan Buat Kita! Walaupun tidak semua, namun […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *