<
>

Jangan Takut! Hikmah Diri Diuji Dengan Jodoh Hadir Lambat!

Jangan Takut! Hikmah Diri Diuji Dengan Jodoh. Ada manusia, diuji dengan ujian harta benda. Ada juga, yang diuji dengan hal rumahtangga. Tidak terlepas, ada yang diuji dengan jodoh yang tidak kunjung tiba walaupun sudah berkali-kali usaha.

Yang masih belum ketemu dengan calon pasangan hidup mereka. Bahkan, buat mereka yang sudah merancang masa depan dengan calon yang ada, namun timbul masalah lain pula yang membantutkan langkah mereka.

Sebagai seorang hamba kepada “Tuan” yang paling baik, Allah S.W.T Yang Maha Mencinta, Yang Maha Mengasihi hamba-hambaNya, maka tidak mungkin bagi Dia menguji untuk menyiksa jiwa kita.

Bahkan, ujian yang dicampakkan merupakan satu petanda bahawa Dia yang paling mencintai diri kita. Hanya kita yang perlu bersangka baik denganNya.

Oleh itu, buat anda yang pernah atau sedang merasai ujian ini, marilah sama-sama reset jiwa dengan memahami 5 Hikmah Diri Diuji Dengan Ujian Jodoh.

1- Peluang Berbakti Kepada Ibu Bapa

Yakini bahawa salah satu hikmah Allah menetapkan lewatnya jodoh kerana mahu memberi peluang untuk kita mencintai orang tua yang sudah lama menjaga dan menyayangi kita dari kecil sehinggalah dewasa.

Mungkin dahulu, kita terlalu sibuk menuntut ilmu dan segala aktiviti di zaman remaja, sehingga kurangnya masa bersama orang tua kita. Nanti bila sudah berkahwin pula, bakal sibuk dengan rumahtangga pula.

Maka, inilah peluang terbaik untuk berkhidmat kepada mereka dengan sebaiknya. Sekiranya anda merupakan seorang anak perempuan, anggaplah bahawa mentaati ibu bapa merupakan latihan buat diri sebelum beralih mentaati seorang lelaki yang bergelar suami.

2 -Peluang Memperbaiki Diri

Jangan takuti

Sebenarnya, ramai yang sangka pernikahan itu mudah dan indah. Namun, sebenarnya, pernikahan merupakan satu tanggungjawab yang besar.

Ibaratnya, ia adalah peralihan kehidupan seorang hamba ke suatu tahap yang dirinya bakal lebih lagi diuji daripada hidup yang sebelumnya bersendiri.

Manakan tidak, kehadiran bukan cuma seorang, malah lebih ramai manusia yang bakal masuk ke dalam diari hidup yang seterusnya nanti.

3- Pengalaman Mengajar Diri

Apabila ada yang diuji dengan percubaan mencari jodoh berkali-kali, ini sebenarnya membuahkan satu pengalaman berharga buat diri. Bukankah ujian itu mematangkan?

Ada orang, sudah siap berkenalan. Tiba-tiba, terputus pula di tengah jalan.

Ingatlah, Allah pertemukan dengan si dia, pasti ada hikmahnya. Setiap manusia yang hadir dalam kehidupan kita sebenarnya telah Allah hadirkan bagi mengajar sesuatu buat diri kita.

Sama ada mengajar bahawa wujudnya manusia yang berperangai sebegitu dan sebegini, atau mengajarkan sesuatu yang lebih bermakna, iaitu jangan mengharapkan selain Dia sahaja.

Sebab itu, pentingnya apabila hadir seseorang yang mahu berkenalan dengan kita, jangan gelojoh memikirkan ‘Dialah jodohku sebenarnya!’

4- Allah Mahu Hadiahkan Yang Lebih Baik

Adakala, kita terlalu mengharap pada seseorang. Hati kuat mengiyakan bahawa dialah jodoh kita yang sebenarnya.

Tetapi, rupa-rupanya, takdir Allah tidak menentukan. Kita rebah sendiri dalam kesedihan. Awas, jangan terlalu ikutkan perasaan.

Sekiranya Allah mengambil sesuatu, sebenarnya Dia mahu memberikan sesuatu yang lebih baik. Anggaplah usaha yang sudah pun dilakukan itu sebagai satu ujian.

Kemudian, apabila gagal, jangan mudah putus asa. Yakini bahawa ada yang lebih baik yang Allah simpankan buat kita.

Amalkanlah doa yang Rasulullah pernah ajarkan kepada kita. Semoga ada pengganti yang lebih baik Allah berikan semula.

5- Belajar Mencintai Allah

Apabila jodoh belum ditakdirkan buat kita, pasakkan dalam diri bahawa ini peluang untuk kita mula bercinta dengan Allah, mendekatkan diri dengan Allah.

Sebenarnya Allah sedang memberikan peluang buat kita untuk belajar mencintai Allah Yang Maha Esa sebelum mencintai manusia yang penuh dosa.

Hakikatnya, cinta Allah tidak pernah mengecewakan, sedangkan cinta manusia selalunya menghampakan.

Allah jualah pemilik sebenar cinta. Dia jugalah yang mencintai hambaNya dengan sebenar-benar cinta.

Yakinlah bahawa Allah terlalu sayangkan kita sehingga Dia memberi peluang untuk kita mantapkan cinta padaNya dahulu sebelum mencintai manusia ciptaanNya.

Mini Neelofa, adik Naura di Hot FM petah bercakap & manja cuit hati ramai!

Mini Neelofa, adik Naura di Hot FM petah bercakap & manja cuit hati ramai! Nampaknya, mini Neelofa yang mesra disapa adik […]

Doa Dimakbulkan Saat Kita Sujud, Saat Istimewa Hamba Paling Dekat Dengan PenciptaNya!

Doa Dimakbulkan Ketika Sujud, Saat Istimewa Hamba Paling Dekat Dengan PenciptaNya! Indahnya apabila mendapat ‘kemanisan’ sewaktu beribadah. Apa jua keresahan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *