Home Informasi Kenangan Jadi Bekas Pesakit Covid-19 Stage 5 Ketika Hamil 5 Bulan, Kongsi Cerita Ketika….

Kenangan Jadi Bekas Pesakit Covid-19 Stage 5 Ketika Hamil 5 Bulan, Kongsi Cerita Ketika….

0
Kenangan Jadi Bekas Pesakit Covid-19 Stage 5 Ketika Hamil 5 Bulan, Kongsi Cerita Ketika….

Saban hari, kita dapat lihat peningkatan kes jangkitan Covid-19 bukan sahaja terhadap warga emas, malah ibu hamil juga berada dalam golongan berisiko. Oleh itu, amat penting untuk ibu-ibu semua mengambil suntikan vaksin apabila usia kandungan sudah mencapai 14 minggu hingga 33 minggu.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh wanita ini dimana dia merupakan bekas pesakit Covid-19 Stage 5 dan sedang hamil usia kandungan 5 bulan. Seperti yang kita tahu, kita baru sahaja kehilangan penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang pernah berada di situasi yang sama seperti apa yang dikongsikan wanita ini. Jadi, ini kisahnya sebagai seorang ‘Covid Survivor’ yang masih hamil.

23Hb disahkan positif.. walaupun tak ada simptom..doktor suruh pakai gelang.. kurantin kat rumah. 24hb.. Masa kurantin kat rumah 2 hari.. anak-anak takkan faham kena jauh dari umi dia.. walaupun dah asing bilik. tetap juga dorg datang tidur dengan kita. Tunggu umi dia bangun layan dorang.. masa ni dah start batuk la, seram sejuk.. asyik berselubung dalam toto yangg paling tebal. Lega demam tu kejap jek.. pastu dia datang balik.. memang anak terbiar la masa tu.. nasib ada suami yang baik..

25hb.Tidur tak kena. duduk tak kena.. buat apa semua tak kena.. makan dua suap rasa penat dia melampau. Sampaikan nak basuh tangan penat macam apa jek..Masa ni bincang dengan suami

, ada baik biar ayg ke hospital.. kita tak tau kalau oksigen takde dalam badan, dengan batuk tambah teruk.. sian pulak baby dalam perut. Sakit agaknya bila umi batuk macam nak mati.. Nampak la suami dah sedih.. dia call juga ambulan.. sebab fikir dua nyawa.. pujuk suami.. Insyallah ayg kuat tuk family kita.. Bila ambulan sampai.. benda paling sedih tak dapat peluk cium anak-anak.. sebab deria bau memang dah tak ada. Masa naik ambulan.. anak-anak macam pelik je tengok.. Alhamdulillah dorang tak nangis.. mungkin tau umi dia memang tak sihat kan.. Masuk ambulan.. MA cek nadi oksigen semua.. oksigen masih ok ya masa ni.. nadi dengan jantung je.. Masyallah.. Laju sangat.. Terus ambulan pecut pergi hospital.

Sampai hospital.. bahagian kecemasan covid19.. Allahu.. terlalu ramai orang yang tunggu untuk gas oksigen.. semuanya..
Oleh kerana umi ni pregnant.. umi dibawa masuk ke khemah yang tidak bercampur dengan lelaki..Bila cek punya cek.. paru-paru di suspek ada kuman.. patut la batuk macam apa je.. so buat XRay apa semua.. terus di hantar ke wad lama A-1..

26hb. Fikir diri kuat.. nak pergi toilet sendiri.. mandi apa semua. Tak sedar pulak masa ni oksigen dah nak drop, batuk teruk.. berkahak warna merah.. Allahu.. tuhan je tau masa tu.. Datang doktor cek spo² atau oksigen dalam badan.. dah turun ke 89%..masa ni nurse call suami.. bersedia la dengan sebarang kemungkinan. Padahal masa ni dorang transfer umi ke wad baru. Wad Covid-19.. pemantauan depan mata doktor.. suami dah nangis dah.. mak call pun dah nangis. umi soal dorang.. kenapa mesti nak nangis.. umi hidup lagi.. ok lagi.. cuma nak amik oksigen je kat wad lain..Jangan la nangis.. kita nak berjuang ni.

Sampai wad baru tu.. duk kat bilik 4 org dulu..pasang oksigen. Tapi oksigen masih tak cantik.. dorang suruh tidur meniarap, tapi tak boleh sebab kita ada baby dalam perut.. kesian baby terhimpit. Dengan laju nurse nama kak senah suh tukar p ke bilik yang betul depan dengan doktor bertugas. Pesan dia sampai sekarang ingat lagi.. kau kena kuat.. kau kena berjuang.. fikirkan baby.. lupakan segala benda kat luar tu.. Akak sayang kau.. akak nak kau bangkit.. Sihat demi baby.. Masa ni memang mata kuyu.. tapi semangat angkat tangan.. bagitau.. pasti bangkit kak.. pastu tidur… penat agaknya di tolak sana sini.

Next day..Oksigen still tak sampai ke paru-paru. Doktor kat wad discuss dengan doktor bius solutions yang perlu untuk wanita mengandung ni.. masa ni macam dah gegar dah jantung. Adakah aku akan ditidurkan.. adakah aku tak berjumpa lagi dengan semua.. Ya Allah… tengok tak permainan Covid-19 ni.. dia main emosi kita wey…

Nurse sibuk dah pasang tiub kencing dgn pampers. Doktor datang bagitau.. awak dari stage 2 ke stage 5 sekarang ni.. Masa ni macam blurr.. Tak nak pikir apa dah.. pikir nak sihat. Doktor pun tunjuk mesin booster oksigen.. Masa ni termenung gak, doktor terus tepuk. Kami takkan tidurkan awak.. mesin ni tuk booster oksigen terus ke paru-paru awak.. jadinya macam nak bagi cepat sampai la oksigen tu.. owhhh.. ok baru Faham..

Memang masa pakai oksigen ni.. nama dia C-PAP.. Tak terasa langsung udara luar.. memang grip abis kat mulut dengan hidung. Time ni gak dah on antibiotik.. masa ni berdoa moga kuman dalam paru-paru hilang.. sebab bila batuk buang kahak ada kemerahan… masa ni pun tawakal je la. Pengalaman pakai C-PAP oksigen ni.. Allahuakbar.. Rimas memang rimas tapi sabar je..

Pastu kan bila tertidur pakai oksigen ni rasa macam ada dua orang je.. mcm split person dengan diri sendiri..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here