<
>

Mira Filzah Bakal Berkahwin Oktober ini?

Mira Filzah kahwin Oktober ini? Aktres jelita, Mira Filzah dan buah hatinya, Wan Emir Astar dilaporkan akan disatukan sebagai suami isteri sekitar bulan Oktober ini.

Baca: Ini 50 Kegunaan Lain Vaseline Petroleum Jelly

Mira Filzah kahwin Oktober ini?

Mira

Kami difahamkan, hari bahagia pasangan yang sehingga kini masih tidak memberi sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka akan diadakan di ibu negara.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang Mira dan Wan Emir akan berkahwin pada Oktober ini,” kata sumber kepada kami pada Rabu.

Bagaimanapun, apabila Wan Emir melanjutkan pengajian, hubungan mereka terhenti sehinggalah kembali bertemu dan berhubung semula.

Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah binti Badioezaman yang juga Bintang Paling Popular tahun lalu dan Wan Emir pernah belajar di sekolah yang sama.

Wan Emir yang juga seorang arkitek difahamkan sudah menghantar rombongan untuk merisik pelakon wanita popular berusia 26 tahun itu.

Mira filzah

Lelaki berusia 30 tahun itu pula merupakan anak sulung daripada empat beradik.

Ibu Wan Emir ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid yang baru saja dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) dalam Kabinet Malaysia 2020.

Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk mereka. Kalau betul Mira nak berkahwin, habis semua jejaka kat luar sana semua patah hati lepas ni.

Lagipun orang cakap, kalau dah suka cepat-cepat halalkan hubungan tu, jangan tunggu-tunggu lagi. Takut nanti orang lain pula yang ambil.

Sumber: Astro Awani

Wanita Baiki Dulu Apa Yang Kurang, Jangan Rupa Je Cantik TAPI..

Wanita Baiki Dulu Apa Yang Kurang, Jangan Rupa Je Cantik TAPI.. Jangan Rupa Je Cantik Tapi.. Masuk hal kahwin, bukan […]

Bergelar Suami Hanya Seketika, isteri tersayang pergi secara tiba2 bersama zuriat pertama!

Bergelar Suami Hanya Seketika, isteri tersayang pergi secara tiba2 bersama zuriat pertama! Siapa yang tidak gembira apabila disatukan dengan kekasih hati […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *