Home Informasi [VIDEO] Nak Malu Apa Ada Wanita Berisi, Kalau Cantik Tapi Tak Setia Buat Apa Kan. Lelaki Ni Tayang Gf Buat Ramai Kagum!

[VIDEO] Nak Malu Apa Ada Wanita Berisi, Kalau Cantik Tapi Tak Setia Buat Apa Kan. Lelaki Ni Tayang Gf Buat Ramai Kagum!

0
[VIDEO] Nak Malu Apa Ada Wanita Berisi, Kalau Cantik Tapi Tak Setia Buat Apa Kan. Lelaki Ni Tayang Gf Buat Ramai Kagum!

Dalam menjalani hubungan cinta, ia pasti lebih bermakna sekiranya tidak bersandarkan fizikal atau paras rupa semata-mata. Maklumlah, semua itu bukan penentu kebahagiaan sebaliknya adalah kesetiaan dan kejujuran.

Bagi seorang pemuda Hazran Man, dia tidak segan mempunyai teman wanita yang memiliki fizikal agak berisi apabila memuat naik beberapa video menerusi platform TikTok miliknya, baru-baru ini.

Menurut Hazran

Kup Lasix bez recepty

, soal malu perlu ditolak tepi selain mengutamakan sifat setia dan tanggungjawab bersama pasangan hingga ke akhir hayat.

“Malu apa dapat perempuan gemuk kalau dia boleh setia dan jaga kau sampai mati,” katanya yang mempunyai 533,400 pengikut di TikTok.

Menerusi rakaman berdurasi 24 saat itu, dia yang juga duda anak satu tidak kekok melayan kekasihnya Nor Sabrina di tempat awam meskipun terdapat ‘mata-mata’ yang memandang serong terhadap mereka.

Selain itu, Hazran juga berseloroh dengan menyifatkan wanita berisi lebih pandai membahagiakan lelaki sepertinya sekali gus dapat melengkapi antara satu sama lain.

Sebab tu ramai lelaki tertarik!

@bujang_terlajak_laris

Malu apa bosku dapat perempuan gemuk kalau dia boleh setia dan jaga kau sampai mati#hazran_man #tiktokers_empire

♬ Baik Baik Sayang – Wali

Video tersebut mendapat sambungan hangat apabila meraih 1.4 juta tontonan dan lebih 7,000 komen netizen dimana rata-rata mengagumi cinta sejati pasangan itu yang sudi menerima kekurangan masing-masing.

Sumber: TikTok @hazran_man

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here