Home Blog Page 2

Jenama Tuala Wanita Turunkan Iklan Selepas Dibantah Badan Agama, Cetus Perbezaan Pendapat!

0

Menjadi perbincangan hangat di laman sosial baru-baru ini mengenai sebuah gambar bunga yang seakan-akan alat sulit wanita dalam kempen terbaharu sebuah jenama produk tuala wanita.

Jenama produk tuala wanita itu telah pun menarik semula iklan mereka selepas sebuah badan agama, Majlis Wanita Islam YADIM (MAYA) mengeluarkan kenyataan membantah iklan yang menumpukan motif vulva.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan menerusi satu ciapan yang dihantar oleh Timbalan Pengerusi MAYA

, Ustazah Asmak Husin, jenama tuala wanita itu dikatakan menyalahgunakan gambar alat sulit wanita dalam reakaan grafik kempen berkenaan.

Katanya, alat sulit wanita tidak seharusnya dijadikan material kempen kerana ia dilihat sebagai menjatuhkan martabat wanita.

Libresse Malaysia tidak berapa lama kemudian mengeluarkan kenyataan menjelaskan tujuan mereka di sebalik kempen tersebut.

“Terima kasih banyak atas maklum balas anda yang sangat dihargai. Kami memahami kebimbangan anda dan kami telah menarik semula iklan yang tersebut dari pelbagai saluran.

“Bukan niat kami untuk menyinggung perasaan mana-mana wanita atau komuniti.

“Kami sentiasa mempertahankan semua wanita dan niat kami adalah untuk menggalakkan semua wanita untuk menerima kewanitaan dan potensi penuh mereka,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan MAYA mendapat perbezaan pendapat dalam kalangan netizen.

Rata-rata mengatakan kempen berkenaan sangat penting untuk menggalakkan semua wanita mengetahui tentang keadaan serta tahap kesihatan organ dan tubuh badan mereka.

Isu ini turut mendapat perhatian pelakon Sharifah Amani yang merasakan perbincangan mengenai kesihatan vulva atau alat kemaluan wanita seharusnya diterima lebih terbuka dalam masyarakat.

“Kempen ini sangat bagus untuk menggalakkan kita menyayangi dan bercakap tentang tubuh badan kita. Sayangnya, ia telah tiada (dipadamkan).”

“Sebagai wanita, kami amat cakna tentang kebersihan dan kemiskinan haid. Kami menyokong penuh kempen yang dilakukan pihak Libresse Malaysia dalam memberi kesedaran tentang kebersihan dan kemiskinan haid terhadap wanita baik di bandar atau diluar bandar.”

“Perkara ini perlu diajar di sekolah dan di rumah kerana sebilangan wanita masih tidak tahu mengurus private part sendiri.”

“Libresse jela menggunakan gambar bermotifkan bunga untuk iklan baharu mereka. Mereka tidak pun mengunakan gambar sebenar atau lakaran Miss V wanita.”

Selain itu, ada yang menyuarakan terdapat banyak iklan berunsur lucah yang dipaparkan di papan iklan yang perlu dipersoalkan berbanding isu kempen tuala wanita itu.

Ada juga yang menyokong kenyataan MAYA dengan menyifatkan jenama tersebut dilihat sengaja menormalisasikan kelucahan.

Kempen yang diperkenalkan jenama tuala wanita terbabit, merupakan pelancaran pembalut tuala wanita edisi terhad dengan kemasan yang dihiasi dengan motif bunga dari ilham kebaya Nyonya dan vulva.

Ia dilaporkan bertujuan untuk melawan stigma berkaitan faraj dan mendorong wanita untuk berasa yakin dengan tubuh mereka.

[TERKINI] Guna Taktik Pakai Purdah, Bayar Sehingga RM20k Untuk ‘Loloskan’ Diri, Sajat Akhirnya Ditahan Di Bangkok!

0

Usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat dilaporkan telah ditahan oleh pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu bersama seorang lelaki yang berperwatakan seperti wanita warga Thailand di sebuah kondominium mewah di Bangkok.

Pada 4 Jun

Kauf von Ampicillin online

, pihak imigresen Thailand mengesan lokasi persembunyian Nur Sajat iaitu di sebuah kondo mewah di tengah Bangkok.

Hasilnya, Nur Sajat ditahan dan semakan pihak imigresen Thailand mengesahkan dia adalah individu yang melarikan diri serta dikehendaki pihak berkuasa Malaysia. Malah, pasport milik usahawan kosmetik itu juga sudah dibatalkan kerajaan Malaysia.

Lapor Harian Metro, Sajat dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand dan akan didakwa di mahkamah Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen.

Walau bagaimanapun, usahawan kosmetik berkenaan dibebaskan pada 10 September lalu dengan jaminan sebanyak AS$2,000 (RM8,343) dan diikat jamin oleh kenalannya dikenali sebagai Misha. Sajat dikatakan perlu hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14 hari.

Kini, pihak berkuasa Malaysia sedang berunding dengan kerajaan Thailand untuk membawa Sajat pulang ke Malaysia. Ianya agak sukar kerana melibatkan campur tangan pihak antarabangsa serta pertubuhan tertentu yang menghalangnya.

Usaha membawanya pulang untuk menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah di Selangor atas kesalahan berpakaian wanita yang dilakukannya di Shah Alam pada 2018 itu sedang berlangsung.

Macam mana Sajat boleh lepas ke Bangkok?

Pemilik nama Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dipercayai memakai purdah dan niqab sebagai taktik untuk meloloskan diri ke Thailand yang dibantu oleh seorang lelaki.

Nur Sajat yang ketika itu sedang bersembunyi di Lembah Klang mula mencari jalan untuk keluar ke negara ini. Dia kemudiannya diperkenalkan kepada seorang lelaki yang mahir dengan selok-belok di kawasan sempadan sebelum bersetuju membayar RM20,000 sehingga selamat tiba di Bangkok.

Lelaki ini dipercayai mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand. Siasatan lanjut sedang dilakukan.

Sajat dipercayai dibawa dengan menaiki sebuah kenderaan dari Lembah Klang ke Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) sebelum dibawa ke Padang Besar, Perlis.

Sebaik tiba di Padang Besar, Nur Sajat dimasukkan ke gerabak kereta api barang sebelum lolos ke Padang Besar, Thailand bersama lelaki terbabit.

Lelaki sama kemudiannya membawa Nur Sajat ke Hat Yai, Thailand. Dia (Nur Sajat) kemudiannya diserahkan kepada seorang lelaki yang membawanya hinggalah ke Bangkok, Thailand.

Difahamkan Sajat dan lelaki berkenaan berjaya melepasi Sekatan Jalan Raya (SJR) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sumber : Harian Metro

[VIDEO] Oyen Ditinggalkan Lepas Tuan Pindah Rumah Buat Ramai Sedih, Reaksi Oyen Memang Rasa Nak Pergi Ambil…

0

Jika sebelum ini banyak kisah kucing berwarna Oren atau popular dipanggil Oyen ini yang menghiburkan netizen namun kali ini sebaliknya.

Ini kerana, rata-rata netizen yang melihat kisah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok atas nama Azim Aiman Aziz ini mengundang mereka sayu selepas mengetahui si Oyen yang dilihat kesepian rupanya ditinggalkan tuan kerana pindah rumah.

Jelas kelihatan si Oyen yang ditinggalkan ini merasa sedih namun netizen dapat menarik nafas lega kerana difahamkan individu yang menjumpainya telah cuba untuk mendekatkan diri.

Rata-rata netizen yang merasa sayu melihat si Oyen itu bagaimanapun meluahkan rasa kecewa dengan sikap seseorang yang sanggup meninggalkan kucing sendiri.

Individu terbabit bagaimanapun membuatkan netizen merasa syukur kerana dalam video-video yang dimuat naiknya di TikTok turut disertakan perkembangan si Oyen tersebut yang diberi makan dan minum.

@azim4212

Tinggalkan makanan pun dia tak makan #catsoftiktok #kucingtiktok #kucing #catlover

♬ Cinta remix – Tony Roy

Ruangan komen di perkongsian tersebut bagaimanapun dibanjiri dengan pelbagai komen ramai disamping menganggap tidak patut kucing ditinggalkan sedemikian.

“Kenapa perlu tinggalkan dia macam tu

, saya ni kalau balik kampung pun takut nak berhari-hari sebab pikir anak-anak bulus ni…”

Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut

Rekod Lelaki Tak Dikenali Ngaku Jodoh, Gadis Kena ‘Sound’ Gatal Ganggu ‘Boyfriend’ Orang

0

Seakan menjadi trend pula apabila ada ramai pengguna sosial yang suka merakam video individu lain yang tidak dikenali dan memuat naik ke media sosial mereka dengan kapsyen berkaitan ‘jodoh’.

Walaupun ada sahaja kaum lelaki yang melakukan hal tersebut, tapi kebanyakkannya ialah kaum perempuan. Bukan mahu melabel mereka ‘gedik’ tetapi siapa tak geram apabila teman lelaki sendiri viral dan didakwa’ bakal jodoh’ seseorang tak dikenali.

Hal ini dikongsikan sendiri oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @Sky&Nanda apabila meluahkan rasa geram susulan lelaki yang dirakam tersebut adalah teman lelakinya.

Walaupun tidak ‘menyerang’ akaun TikTok gadis tersebut secara terus

apoteketreceptfritt.com

, dia sempat menjelaskan hal berkenaan dengan memuat naik gambar bersama teman lelakinya dan menyertakan sebuah lagu memberi bayangan bahawa pemuda itu sudah ‘berpunya.’

Muat naik yang dibuat oleh @Sky&Nanda itu telah mendapat lebih daripada 1.4 juta tontonan dan terus menerima pelbagai maklum balas di ruangan komen.

Ramai tak setuju rakam orang senyap2

Rata-rata daripada mereka bersetuju dengan cara gadis tersebut yang menegur perbuatan merakam orang tak dikenali sesuka hati dan menularkannya.

Individu yang merakam teman lelakinya turut dikecam hebat netizen dan telahpun memadam video yang telah dikongsikan tempoh hari.

Sumber: TikTok @Sky&Nanda

 

5 Individu Dikesan Positif COVID-19 Sebelum Berlepas Ke Langkawi – DG Hisham

0

Setakat jam 12 tengah hari tadi, lima individu didapati positif COVID-19 selepas menjalani saringan sebelum berlepas melalui jalan udara dan laut ke Pulau Langkawi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham melalui ciapan di laman Twitternya, seramai 1,250 orang disaring di empat pintu masuk lapangan terbang dan 1,296 orang melalui terminal feri di Kuala Perlis.

“Sejumlah 2,528 orang telah menjalani ujian RTK-Ag

, dan daripada jumlah ini, sebanyak lima kes positif COVID-19 telah dikesan.

“Enam orang yang telah menjalani ujian RT-PCR sendiri sebelum ke lapangan terbang, kesemua adalah negatif,” tulis DG Hisham.

Tambahnya, baki 12 orang kanak-kanak di bawah tujuh tahun tidak menjalani ujian COVID-19 dan dibenarkan berlepas bersama keluarga masing-masing.

Pun begitu, kesemua kes positif itu adalah kategori satu iaitu tidak bergejala dan diberikan perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) utk diisolasi bagi tempoh 10 hari.

Sumber: DG Hisham

Cara Save Instastory Ada Muzik Tanpa Guna Aplikasi, Boleh Rupanya!

0

Instagram sebelum ini ada menambah satu feature baharu iaitu boleh menambah muzik atau lagu pilihan hati anda di Instastory. Pelbagai lagu boleh dipilih untuk membuatkan Instastory anda lebih menarik.

Namun, terdapat satu masalah iaitu apabila video tersebut berjaya disimpan

Propecia Ohne Rezept Kaufen

, lagu yang telah dipilih dan diletakkan akan hilang dan tiada bunyi. Jadi, hari ini kami akan kongsikan dua cara simpan Instastory ada muzik tanpa menggunakan aplikasi. Mudah sahaja, jom try.

CARA SAVE INSTASTORY ADA MUZIK TANPA GUNA APLIKASI

CARA PERTAMA:
– Buka aplikasi Instagram.
– Masuk ke Instastory yang sudah anda post dan pilih More
– Pilih Copy Link


– Selanjutnya buka browser Google Chrome atau yang lain
– Tulis storysaver.net. di Google
– Masukan link anda sudah copy tadi dan pilih download.

CARA KEDUA:
– Buka aplikasi Instagram dan terus ke Direct Message dan tulis nama Instagram anda
– Tekan logo kamera berwarna biru instastory ada muzik
– Muat naik Instastory pilihan anda dan pilih musik yang mahu diletakkan. Kemdian klik keep in chat.

Seterusnya, tekan lama-lama di video yang telah dihantar sehingga keluar more dan pilih save.

Siap! Mudah sahaja kan? Selamat mencuba

Sumber: Kotak Tekno

“Maafkan Mummy Melissa..” Rasa Tak Sedap Hati Rupanya Ada Sesuatu Tak Kena Di Taska

0

Bagi ibu yang bekerjaya, apabila perlu meninggalkan anak dalam jagaan pengasuh atau pembantu rumah ketika perlu keluar bekerja, pasti dalam hati harapkan semuanya baik-baik saja. Mana taknya anak yang dikandung selama 9 bulan, lalui saat getir waktu bersalin, jika berlaku perkara yang tak dijangka hati ibu mana yang tak sedih kan?

Begitulah yang berlaku pada seorang ibu ini di Facebook Afzan Ikka Wan Nurul yang berkongsi pengalaman anak sulungnya, Melissa yang baru setahun dipercayai diperlakukan dengan kasar ketika di taska.

Rasa tak sedap hati masa di office

Menurut ibu ini pada mulanya dia berasa tidak sedap hati ketika berada di pejabat dan mengambil keputusan untuk menghantar pesanan kepada guru bagi bertanyakan keadaan Melissa. Jawapan ringkas yang diberikan oleh guru taska pada hari tersebut yang menyatakan anak dalam keadaan ok, seolah-olah seperti ada yang tak kena.

So okay la tapi hati still dok fikir (sesiapa kalau rasa macam ni balik la terus). Duk tunggu jam pukul 5 nak balik. Then masa balik amek Melissa dia menangis je. Saya nampak bertanda pada mata dia belah kiri. Bila tanya just cakap berebut mainan dengan baby 10 bulan.

So kami pon okay la balik ja sebab biasa la baby dah besar kan lasak. Dalam kereta pula belek-belek Melissa nampak kesan jari pada muka kanan dia. Tak sedap hati suruh husband text tanya cikgu dia. Cikgu cakap tu kesan tidur atas playmat je. Nanti hilang la. Masa ni tak perasan kaki dia lagi. Malam tu dalam bilik ajak dia tateh dia tak nak jejak kaki kanan dia.

Bagaimanapun, lebih mengejutkan, apabila Melissa menangis apabila disuruh berjalan untuk bermain. Cemas dengan apa yang terjadi, pasangan ini mengambil keputusan untuk membawa anak mereka ke klinik bagi membuat pemeriksaan lanjut.

Kita orang pergi klinik, doktor tak berani nak buat apa-apa and suggest kita orang pergi x-ray kaki Mel. So malam tu cari klinik untuk x-ray tak ada, tutup. So balik la sebab dah lewat Mel dah tertidur. Penat menangis seharian.

Buat pemeriksaan x-ray

Keesokkan harinya, ibu ini cuba hubungi dua klinik bagi melakukan pemeriksaan x-ray namun, kedua-dua klinik itu tidak menawarkan perkhidmatan tersebut kepada kanak-kanak kecil.

So kami pergi emergency salah sebuah hospital swasta untuk details x-ray. Then kami pun tanya berkenaan muka Melissa doktor dekat situ pun cakap memang kesan pada muka Melissa. Nampak kesan jari.

Btw result x-ray keluar keesokan harinya. Pakar kanak-kanak advise kita orang suruh buat report polis untuk kes ni. So kami pun buat report polis. Lepas tu polis transfer kami ke IPD jumpa IO. Lepas soal siasat IO minta kami pergi hospital gv untuk check Melissa.

At last doktor panggil. Yang ni sangat kecewa. Jumpa dengan doktor emergency dia cakap ada bengkak pada kaki Melissa. Then dia transfer ke doktor pediatrik. Then masa ni dia check Melissa. Dia cakap tak ada apa-apa masalah. Bab muka 3 kali saya tanya 3 kali jawapan dia berubah. 1 dia kata kesan jari tampar. 2. Kesan kene tepis toy @ tangan. 3. Dia kata rashes saja. Masa ni banyak kali dia paksa Melissa untuk jalan. Tapi Melissa still tak nak. End up dia buat report cakap dekat ortho cakap Melissa takut nak jalan sebab ramai orang.

Syak sesuatu

Hari berikutnya, pihak hospital yang kami pergi buat x-ray Melissa sebelum tu telefon meminta kami untuk datang bagi mengambil keputusan x-ray anak.

Bila husband sampai sana. Jumpa dekat pakar x-ray dia explain kata kaki Melissa retak. Doktor suggest pergi buat simen cepat. Sebab baby bahaya. So kami pergi lah bawa ke hospital ******. Masa pergi sini kami tak ada buka mulut langsung tak ada cerita pun berkenaan kes Melissa.

Tapi doktor tu suspicious sangat dengan keadaan Melissa. Dia sendiri cakap ni bukan jatuh ni kesan lain ni. Dia siap buatkan kami surat untuk suruh kami buat report polis and dia cakap kalau sayang anak encik dan anak-anak lain buat la report.

Tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi, pasangan ini meminta melihat rakaman CCTV dan melihat anak mereka menangis seharian.

Dalam CCTV tu 1 minit je Melissa minum susu pastu 1 minit makan dan petang beberapa saat minum air kosong. Dia baling tuala atas muka Melissa, dia tutup muka Melissa masa tidur alasan sebab silau padahal tak ada cahaya pun kat situ.

Lepas Melissa mandi pukul 8 langsung Melissa tak berdiri dia baring dan menangis sahaja. Dan muka Melissa yang kata tidur atas playmat tu pun tak betul. Melissa tak ada tidur atas playmat pon. Memang luluh hati tengok 8 jam Melissa menangis. Penat menangis tidur. Kesian anak mummy. I’m sorry Melissa.

Bulan April hantar Melissa ke taska tersebut dan hanya 4 bulan je berada di situ. Sekarang Melissa dah dijaga oleh aunty sebelah suami dan sangat ceria serta sihat je. Moga kisah ini jadi peringatan bersama buat ibu bapa jika perasan tingkah laku anak pelik atau tak ceria.

Sumber: Afzan Ikka Wan Nurul

Terbeli Tilam Fake! Patutlah Tidur Asyik Sakit Badan, Wanita Kongsi Tilam Harga RM800 Hanya Dilapik Gabus!

0

Hari ini manusia mungkin sanggup menipu apa saja asalkan mendatangkan keuntungan padanya. Ini termasuklah peniaga yang mahu mengaut untung berlebihan termasuk menipu orang ramai tanpa mengira apa kesannya pada pengguna.

ALLAH SWT dan Rasulullah SAW amat murka kepada peniaga yang menipu dalam urusan jual beli. Hal ini dinyatakan dalam surah Al Mutaffifin ayat 1-3 yang bermaksud:

“Celakalah (seksalah) bagi orang yang menipu (dalam timbangan dan sukatan). Apabila mereka menerima sukatan daripada orang lain, mereka sempurnakan (penuhkan). Dan apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangkan.” – Surah al-Mutaffifin: 1-3.

Peniaga mungkin untung seketika di dunia saja tapi di akhirat azabnya sangat menakutkan.

Bercakap dalam menipu dalam urusan jual beli

Koupit Cialis Daily

, di aplikasi Tik Tok atas nama ArysaSofea @arysareana berkongsi satu pengalaman “tidak masuk akal” di mana tilam besar dibelinya pada harga RM800 di satu kedai penjualnya Pakistan, sebenarnya adalah tilam fake.

Ini kerana tidak sampai setahun digunakan, tilam itu mula mengelembung di bahagian tengahnya dan terdapat tompokan hitam di bahagian alas kainnya.

Malah dia mengakui badannya juga agak sakit-sakit bila bangun dari tidur saat menggunakan tilam tersebut. Rasa ingin tahu apa di sebalik tilamnya, ArsyaSofea bertindak memotong sedikit dan apa yang mengejutkan, jika tilam sepatutnya diperbuat dari campuran span, latex, spring dan lain lagi (bergantung pada harga dan kualiti tilam) tilamnya hanya dilapik menggunakan span dan banyak gabus dipecah-pecahkan (bahagian atas ada span nipis).

Malah dia sudah menghubungi kedai “Pakistan” berkenaan dan mereka mahukan bukti video untuk bertanya kepada pihak pengilang. Dan pastinya siapa yang berada di tempatnya akan berasa kecewa, geram dan marah andai ditipu begini kerana duit bukan boleh dipetik dari daun atau bersepah di tepi jalan sebaliknya perlu bekerja untuk mendapatkan rezeki tersebut. Dan nilainya juga bukanlah terlalu murah.

Rata-rata komen dari pengguna mengakui dengan harga berkenaan, dirinya sepatutnya boleh mendapat tilam berkualiti dengan jaminan 10 tahun lamanya dan bukan barangan fake.Malah rata-rata terperanjat hanya gabus di dalamnya termasuk ada menyuruhnya membuat laporan polis dan lapur ke KPDNKK.

@arysareana

Part 2 mmg bangang dan anjing bangat kilang tilam ni…serius aku sakit hati.#bengang #fypシ #trending

♬ original sound – ArysaSofea @ARYSA BEAUTY – ArysaSofea @ARYSA BEAUTY

Sebenarnya kisah penipuan dalam urusan jual beli ini sudah pun terjadi di zaman Nabi Syuiab lagi di mana kaum Madyan amat gemar melakukan penipuan dalam urusan timbangan hingga Allah menurunkan bala dan membinasakan kaum ini dengan gempa bumi yang sangat dahsyat.

Dan adab sebagai peniaga pula, adab dalam urusan barangan yang rosak di mana Islam melarang kita menjual barang sedemikian dengan harga yang sama dengan barangan yang berkeadaan baik. Hikmah larangan ini adalah untuk mengelakkan tidak timbul kes penipuan, ketidakadilan dan penyesalan oleh pembeli.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Barang siapa menjual barang yang cacat di mana ia tidak menerangkannya, maka sentiasa ia berada dalam kemurkaan ALLAH dan malaikat sentiasa melaknatinya.” – HR Ibnu Majah

Di samping itu, Islam juga melarang kita menjual barangan dengan harga yang terlalu tinggi kerana mengharapkan keuntungan yang besar. Perbuatan seperti itu menurut para ulama, kurang mendapat keberkatan Ilahi kerana penjual hanya mementingkan keuntungan material semata-mata.

Tonton videonya di mana dia memotong keseluruhan tilam fake berkenaan.

Imam Besar Masjid Putra Putrajaya Mohon Maaf, Ajak Para Jemaah Imarahkan Masjid

0

Sebelum ini tular di media sosial apabila Imam Besar Masjid Putra Putrajaya

, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim menyifatkan perbuatan merakam dan menyebarkan video yang mendakwa seorang kenamaan (VIP) mendapatkan layanan istimewa adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.

Menerusi video yang dimuat naik Ustaz Ikmal di media sosial, beliau berkata, tindakan itu sengaja untuk memburukan seseorang serta mempunyai agenda tertentu untuk mencari salah orang lain.

Susulan daripada itu, Imam Besar Masjid Putra Putrajaya tersebut teruk dihentam netizen di media sosial selepas memaklumkan tidak meredai mereka yang menularkan video tempoh hari.

Sedar dengan ketidaksesuaian kenyataan yang dikeluarkan, beliau telah memohon maaf secara terbuka di laman Facebooknya dengan menganggap apa yang diperkatakan tempoh hari agak keterlaluan.

Selain itu, beliau bagi pihak pengurusan Masjid Putra Putrajaya juga berjanji dan berazam akan memperbaiki prosedur operasi standard (SOP) berhubung solat secara berjemaah di masjid.

Jadi, beliau berharap agar para jemaah masjid tersebut terus bersama-sama mengimarahkan rumah Allah itu dengan melakukan aktiviti seperti solat Jumaat, solat Fardu serta program-program yang dianjurkan.

Dikongsikan semula di FB Masjid Putra Putrajaya

Permohonan maaf beliau juga telah dikongsikan di Facebook rasmi Masjid Putra Putrajaya dan mendapat respon positif daripada warganet.

Mereka juga berharap agar isu ini dapat diselesaikan dan para jemaah sama-sama dapat beribadah ke masjid berkenaan dengan mengikuti SOP yang betul.

Sumber: Facebook Ikmal Zaidi Hashim, Masjid Putra Putrajaya

Isteri Terkejut, Suami Mengaku Ada Hubungan Dengan Mak Mertua Sehingga Hamil! Apa Yang Lebih Mengejutkan…

0

Diluah mati emak, ditelan mati bapa! Seorang wanita buntu apabila mengetahui suaminya menjalin hubungan sulit dengan ibu kandungnya sendiri. Walaupun sukar untuk dipercayai, namun itulah hakikat sebenar yang berlaku kepada wanita ini.

Kisah yang dikongsikan menerusi live video Syed Azmi di Facebook ini menarik perhatian ramai yang rata-rata terkejut dengan pendedahan wanita ini. Dakwa wanita ini, dia tiada tempat untuk berkongsikan masalahnya kerana dugaan yang dihadapi olehnya begitu berat sekali.

Menurut wanita berkenaan, suaminya berlaku curang bersama ibu kandungnya sendiri. Walaupun masih mempunyai ayah namun ayahnya sendiri tidak dapat berbuat apa kerana ingin menjaga hati dan perasaan anaknya itu.

Saya ada tiga orang anak. Benda ni berlaku semasa saya pregnant anak kedua. Sekarang anak kedua saya dah tujuh tahun.

Perkara ini mula diketahui olehnya ketika dia sedang mengandungkan anaknya yang kedua. Namun ketika dia bersalinkan anaknya itu, wanita tersebut sudah mengetahui sedikit demi sedikit apabila dia mendengar perbualan ibu dan suaminya itu.

Perbalahan antara mereka berpunca apabila suaminya ingin memberitahu perkara sebenar kepada dirinya namun dihalang oleh ibu kandung sendiri.

Ibunya gugur anak suami sendiri

Selepas bersalin, wanita itu terjumpa sepucuk surat di dalam rumahnya. Surat berkenaan mengandungi luahan suaminya yang mengakui mempunyai hubungan bersama ibunya. Ketika itu, suaminya meninggalkan dirinya bersama anak yang baru lahir dan dia terpaksa mengambil keputusan untuk berpantang di rumah keluarganya.

Ketika suaminya ingin menjemput isteri untuk pulang ke rumah sendiri, ibu dan suaminya bergaduh dan di dalam pergaduhan itu, ibunya mengatakan yang mereka pernah ‘bersama’.

Lebih mengejutkan ibunya pernah menggugurkan kandungan hasil daripada hubungan mereka dan wanita itu mengetahui perkara berkenaan melalui panggilan telefon daripada ayahnya.

Selepas kejadian berkenaan, dia bersama suami serta anak-anaknya berpindah ke Perak. Wanita terbabit nekad untuk bekerja demi menyara anaknya dan ketika itu dia telah memaafkan kesalahan suaminya itu.

Saya maafkan sebab saya fikir saya tak ada kekuatan, anak saya kecil lagi. Takkan saya nak biarkan anak saya dengan saya tak ada kerja tetap.

Kantoi masih berhubung

Kisah peritnya tidak terhenti di situ apabila dia mendapat tahu bahawa suaminya masih berhubung dengan mak mentua lagi. Walaupun sudah berjanji untuk berubah namun janji hanya tinggal janji apabila wanita itu melihat perbualan di antara mereka.

Lama-kelamaan bila kantoi tu saya jadi tawar hati. Bayangkan mereka buat hubungan bersama

kupbezrecepty.com

, bila dia nak bersama dengan kita, ada satu perasaan benci sebab saya teringat.

Dia juga mengatakan dia pergi ke Pejabat Agama Islam bagi mendapatkan kaunseling mengenai masalah yang dihadapi dan pihak berkenaan telah memberikan nasihat yang sepatutnya. Namun dia masih mempertahankan rumah tangganya kerana memikirkan nasib anak-anaknya.

Sumber : Syed Azmi