Home Blog Page 3

Rakan Sebak, Rider Foodpanda ‘Pergi Tak Sempat Elak Kereta!

0

Hampir saban minggu kita mendengar khabar duka mengenai penghantar makanan yang mencari rezeki tanpa mengira panas atau hujan terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Terbaru, pemergian seorang penghantar makanan Foodpanda akibat melanggar sebuah kereta di Kilometer 25 Jalan Seremban-Kuala Pilah pagi semalam mengundang sebak ahli keluarga dan rakan-rakan.

Menerusi perkongsian posting di laman Facebook, ramai menitipkan ucapan takziah kepada keluarga Muhammad Afiq Rudhuan selain mendoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman.

Memetik laporan Kosmo! Online, mangsa yang datang dari arah Kuala Pilah tidak sempat mengelak sebelum melanggar sebuah kereta Perodua Axia yang sedang membelok masuk ke simpang Taman Sri Terachi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supritenden Amran Mohd. Ghani berkata, kereta Perodua Axia itu menggelungsur ke hadapan sebelum melanggar sebuah kereta Proton Saga yang sedang berhenti di laluan keluar simpang berkenaan.

Difahamkan, mangsa yang berusia 21 tahun mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber: Kosmo! Online (Zakkina Wati Ahmad Tarmizi)

Video Lelaki Pukul Anak Bikin Netizen Geram, Tapi Anak Kecil Ini Sempat ‘Back-up’ Jangan Tumbuk Ayahnya!

0

Baru-baru ini tular di media sosial video seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai dipukul oleh bapanya sendiri di tempat awam. Siapa yang tidak geram melihat kanak-kanak kecil yang tidak bersalah itu dipukul sehingga terjatuh dan video berkenaan telah mencetus kemarahan warganet.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai Problematic, memaparkan seorang bapa membiarkan anaknya melintas jalan raya dengan sendiri berulang kali sehingga membahayakan nyawa.

Walau bagaimanapun, lelaki yang merakam video tersebut telah memberi amaran kepada lelaki terbabit supaya menjaga anaknya namun dia bertindak menumbuk muka anaknya sehingga terjatuh ke jalan.

Apa masalah awak? Eh you macam mana jaga anak? Awak tahu berapa kali dia lintas jalan raya? Dia nak mati tau. Jaga anak baik-baik lah. Ini anak lain kali jangan bagi lepas. Dia lintas jalan raya awak mati. Dia datang dekat hotel saya.

Lebih memilukan lagi apabila lelaki berkenaan ingin memanggil polis, namun dihalang oleh kanak-kanak perempuan terbabit kerana dia tidak mahu melihat bapanya ditangkap.

Tengok! Anak yang kau pukul tu suruh jangan pukul kau. Habis dia tumbuk muka awak, mana saya boleh tengok. Saya tak tahu awak siapa. Dia mabuk lepas tu pukul awak.

‘Ayah tak sayang saya’

Dalam video yang lain turut memaparkan lelaki yang menolong kanak-kanak berkenaan sedang menyikat rambutnya dengan penuh kasih sayang sambil mengatakan yang dia ingin menjadi ibu dan ayah kepadanya.

Saya nak jadi mak ayah awak boleh sebab saya mak ayah pun dah tak ada.

Kanak-kanak perempuan berkenaan turut mengaku yang ayahnya sering memarahinya dan merasa dia tidak disayangi. Berdasarkan latar belakang video itu, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kuala Lumpur.

Ayah tak sayang saya selalu marah saya. Kalau marah dia, saya marah saya balik.

Sumber : admqri , frzismail , aya_kl6

[VIDEO] Beri Sumbangan Al-Quran Untuk Pelajar Tahfiz Di Guinea, Wanita Ini Teruja Penduduk Setempat Dah Mula Kenal Malaysia!

0

Pernah viral memilih lelaki dari benua Afrika sebagai teman hidup, nama Fila Amir masih menjadi tumpuan netizen di media sosial. Fila yang kini menetap bersama suaminya di Conakry, Guinea dilihat sering berkongsi aktiviti hariannya ketika berada di sana.

Beli Al-Quran untuk pelajar tahfiz

Menerusi video terbaru di Youtube Channel Mr & Mrs Camara, Fila dan suaminya, Adama Mohamed Camara dilihat memberi Al-Quran kepada pelajar tahfiz di Nzerekore. Menurut Fila, mereka telah menerima sumbangan berbentuk wang daripada rakyat Malaysia untuk program penyerahan Al-Quran tersebut. Ujar Fila, dia seronok melihat reaksi pelajar tahfiz di Nzerekore sebaik sahaja menerima sumbangan tersebut. Tambah Fila, pelajar di sana turut meluahkan rasa seronok sebaik sahaja melihat ketibaannya dan suami.

Selain melakukan program penyerahan Al-Quran kepada pelajar tahfiz, Fila turut berkongsi video cara menyesuaikan diri dengan masyarakat di sana. Lebih menarik, Fila sempat memotong rambut dan makan makanan tradisional di kawasan kampung suaminya itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian buat Adama kerana sering bertanya kepada Fila sama ada isterinya itu berada dalam keadaan baik ataupun tidak. Di samping itu, netizen turut tersentuh melihat keadaan masyarakat di Nzerekore.

Menerusi tinjauan pihak OhBulan! jumlah pengikut Fila dan Adama di Youtube dilihat semakin bertambah dan video penyerahan Al-Quran tersebut telah meraih lebih daripada 140 ribu tontonan.

Sumber: Mr & Mrs Camara

[VIDEO] Nak Malu Apa Ada Wanita Berisi, Kalau Cantik Tapi Tak Setia Buat Apa Kan. Lelaki Ni Tayang Gf Buat Ramai Kagum!

0

Dalam menjalani hubungan cinta, ia pasti lebih bermakna sekiranya tidak bersandarkan fizikal atau paras rupa semata-mata. Maklumlah, semua itu bukan penentu kebahagiaan sebaliknya adalah kesetiaan dan kejujuran.

Bagi seorang pemuda Hazran Man, dia tidak segan mempunyai teman wanita yang memiliki fizikal agak berisi apabila memuat naik beberapa video menerusi platform TikTok miliknya, baru-baru ini.

Menurut Hazran, soal malu perlu ditolak tepi selain mengutamakan sifat setia dan tanggungjawab bersama pasangan hingga ke akhir hayat.

“Malu apa dapat perempuan gemuk kalau dia boleh setia dan jaga kau sampai mati,” katanya yang mempunyai 533,400 pengikut di TikTok.

Menerusi rakaman berdurasi 24 saat itu, dia yang juga duda anak satu tidak kekok melayan kekasihnya Nor Sabrina di tempat awam meskipun terdapat ‘mata-mata’ yang memandang serong terhadap mereka.

Selain itu, Hazran juga berseloroh dengan menyifatkan wanita berisi lebih pandai membahagiakan lelaki sepertinya sekali gus dapat melengkapi antara satu sama lain.

Sebab tu ramai lelaki tertarik!

@bujang_terlajak_laris

Malu apa bosku dapat perempuan gemuk kalau dia boleh setia dan jaga kau sampai mati#hazran_man #tiktokers_empire

♬ Baik Baik Sayang – Wali

Video tersebut mendapat sambungan hangat apabila meraih 1.4 juta tontonan dan lebih 7,000 komen netizen dimana rata-rata mengagumi cinta sejati pasangan itu yang sudi menerima kekurangan masing-masing.

Sumber: TikTok @hazran_man

Sanggup Reka Cerita 14 Ahli Keluarga Mati Sebab Covid-19, Ini Kisah Sebenar Yang Terjadi! Mak Sendiri Terkejut…

0

Seorang lelaki yang mengaku bersalah selepas menipu dua rakannya bagi meraih sumbangan dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM16,000 di Mahkamah Kota Tinggi, hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh Mohd Zahazan Zainon didakwa menipu rakan sekerja dengan mengatakan ahli keluarganya meninggal dunia akibat Covid-19 sehingga mendapat sumbangan RM7,857.

Kenyataan palsu

Bagi pertuduhan kedua pula, lelaki berusia 45 tahun itu didakwa menipu seorang lagi rakan sekerjanya sehingga mangsa melakukan transaksi RM500.

Zahazan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama tempoh tidak kurang dari setahun dan tidak lebih sepuluh tahun dan boleh dikenakan denda.

Selain itu, peguam tertuduh Nurul Hidayah Mohd Asri memohon hukuman ringan kerana tertuduh mempunyai tanggungan iaitu empat anak hasil perkahwinan terdahulu serta dua anak yang masih bersekolah.

Terdahulu, penyelia kontrak di Kompleks Bersepadu Pengerang itu mendakwa kehilangan 14 ahli keluarga akibat Covid-19 dan meraih sumbangan sejumlah RM91,000 menerusi maklumat yang tular di media sosial.

Sumber: Harian Metro (Omar Ahmad) , Facebook Rizal Hakimm Punyer

16 Tahun Berkahwin, Wanita Dihalau Keluar Rumah Selepas Suami Nikah Si Perampas

0

Tidak dapat digambarkan perasaan kecewa yang dialami seorang wanita di Indonesia ini apabila mendakwa telah dihalau keluar dari rumahnya sendiri oleh orang ketiga iaitu isteri baru suaminya, lapor portal Liputan6 hari ini.

Menerusi dua video tular di media sosial, wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu merakam suasana di dalam rumahnya termasuk bilik tidur dan ruang tamu luas dengan nada menahan sebak sambil menceritakan situasi sebenar.

Menurut wanita tersebut, rumah itu dibeli hasil titik peluhnya yang menjual makanan selama tiga tahun. Namun, kehadiran orang ketiga seolah-olah telah memusnahkan kebahagiaannya selain perlu menelan kepahitan daripada tindakan curang si suami.

“Ini rumah gue, rumah yang dibeli dari hasil jerih payah gue. Gue jualan seblak selama 3 tahun, jerih payah gue tabung,” katanya yang sudah 16 tahun berkahwin.

Malah, dia juga sempat merakam kelibat seorang individu yang dikatakan sebagai perampas itu selain mendakwa individu berkenaan sudah sebulan mendirikan rumah tangga dengan suaminya.

Lebih menyakitkan apabila dia melihat semua barang miliknya di dalam rumah itu ‘sesuka hati’ dipakai oleh si perampas, tanpa rasa bersalah selepas meruntuhkan rumah tangga orang.

“Alasan dia ngusir gue dari rumah katanya gue selingkuh, padahal dia sendiri yang udah nikah, baru sebulan guys, sakit nggak? Selama 16 tahun gue digituin,” ujarnya.
Video Player

Di akhir video, wanita terbabit memohon doa orang ramai supaya dirinya terus kuat menghadapi dugaan tersebut sekali gus dapat menuntut semula haknya selepas diabaikan suami.

Sumber: Liputan6 , Instagram @insta_julid

 

Cara Tukar Kad Debit Maybank Secara Online, Kad Dihantar Ke Rumah!

0

Cara Tukar Kad Debit Maybank Secara Online, Kad Dihantar Ke Rumah! Bila cek kad debit bank, lihat tarikh dah luput dan tidka boleh menunaikan transaksi!

Nak pergi bank, rasa malas kerana masalah akan memerlukan masa yang lama berikutan musim Covid-19 yang anda perlukan beratur dan buat temujanji.

BACA:Indonesia Alami Fenomena ‘Tanpa Bayang-Bayang’ Hingga Oktober 2021!

Jadi, rupanya ini cara tukar kad debit khas sekali Maybank secara dalam talian sahaja, kad pun akan dihantar ke rumah!

CARA TUKAR KAD DEBIT MAYBANK SECARA SECARA ONLINE

Menurut Maybank, semua kad debit Maybank boleh ditukar ganti melalui dalam talian kecuali jika kad berkenaan hilang / dicuri atau terlupa nombor PIN.

Jika tidak mahu berurusan di cawangan bank, anda boleh saja menukarkan kad tersebut melalui dalam talian dan tunggu kad yang baru dihantar ke rumah masing-masing.

1. Log masuk Maybank2U

2. Tetapan Pergi ke

3. Kad Pergi ke

4. Pilih Kad Debit dan pergi ke Ganti, Aktifkan & Sekat

5. Tekan titik tiga seperti dalam bulat di gambar

6. Pilih Ganti Kad

7. Isi alamat anda untuk penghantaran Kad, alamat pos bersod negeri anda. Klik di T&C untuk setuju dan tekan Replace Card.

8. Tekan permintaan SMS TAC dan isi TAC yang diterima diruangan yang disediakan.

9. Masukkan nombor TAC dan klik CONFIRM

KAD BARU AKAN DIHANTAR

Kad baru dan anda akan dihantar dalam waktu 9 hari bekerja dari tarikh permohonan.

Sama seperti di cawangan bank, perubahan kad baru ini akan dicaj sebanyak RM12.00 dan ia akan ditolak dari baki akaun Semasa atau Simpanan anda.

Bila kad baru sudah sampai, anda perlu mengaktifkan sendiri kad tersebut melalui dua saluran yang sama ada di ATM Maybank atau secara dalam talian.

Bagi anda yang ingin mengaktifkannya di mesin ATM, ikuti langkah di bawah ini.

1.Masukkan kad

2.Pilih bahasa

3. Masukkan nombor PIN

4.Pilih Transaksi lain

5.Pilih Perkhidmatan lain

6.Tekan skrin seterusnya

7.Tekan pada Pengaktifan Kad

Manakala, bagi yang ingin mengaktifkan secara dalam talian, ikuti langkah di bawah ini.

1.Log masuk laman web Maybank2U

2. Tetapan Klik

3.Klik Kad

4.Klik Urus Kad Debit

5.Klik Aktifkan

Kad debit baru ini perlu diaktifkan dalam waktu 90 hari seterusnya. Sekiranya gagal, anda perlu membuat permohonan kad baru dan caj pembayaran RM 12 akan digunakan.

Berkenaan dengan PIN pula, anda masih lagi boleh menggunakan PIN yang ada dan tidak perlu tetapkan yang baru. Teruskan, jika mahu menukar PIN, dan anda boleh menggunakan ATM Maybank.

Sumber: Maybank2U, Sirap Limau

Indonesia Alami Fenomena ‘Tanpa Bayang-Bayang’ Hingga Oktober 2021!

0

Indonesia Alami Fenomena ‘Tanpa Bayang-Bayang’ Hingga Oktober 2021! Hanya Terjadi. Kalau kita berdiri di bawah terik matahari, sudah pasti kita akan nampak ada bayang-bayang terhasil.

Hal ini disebabkan objek bersifat legap seperti badan manusia mampu menghalang punca sinar matahari yang bergerak secara lurus. Maka dengan itu terhasillah bayang-bayang.

Tapi korang pernah dengar tak fenomena Hari Tanpa Bayang? Apa-apa objek legap yang dibiarkan di bawah sinar matahari tidak menghasilkan bayang-bayang macam yang selalu kita nampak.

Negara jiran, Indonesia mengalami fenomena alam ini sejak semalam dan dijangka berlanjutan sehingga 21 Oktober akan datang.

Baca:KRONOLOGI: Kereta Myvi Remuk Disondol Lori. Pemandu Myvi Dapat Tepukan Semangat Gara2…

Menurut peneliti dari Lembaga Penerbangan dan Angkasa Nasional (LAPAN) Indonesia, fenomena ini selalu terjadi di Indonesia dua kali setahun.

Fenomena alam ini sudah berlaku pertama kali tahun ini di akhir bulan Februari hingga awal April lalu.

Hal ini kerana, Indonesia berada di 6 darjah di Utara dan 11 darjah barat serta dibelah oleh garisan Khatulistiwa.

Ketika posisi matahari berada di atas Indonesia, maka tiada bayangan terbentuk dari objek tak berongga semasa tengah hari.

“Fenomena ini selalu terjadi dua kali setahun di kota-kota atau wilayah yang terletak antara dua garis iaitu di sebelah Utara dan Selatan.

“Kawasan yang terletak di Utara akan mengalami fenomena Hari Tanpa Bayang pada solstis Jun, manakala di bahagian Selatan pada solstis Disember,” kata Andi, memetik laporan Tribunnews.

Baca:Ramai2 Sengaja Tayang Sijil Vaksin, Pemuda Bangga Dapat Makan di Luar!

Fenomena Hari Tanpa Bayang di Indonesia kali ini bermula dari wilayah Sumatera semalam, lebih tepatnya di kota Sabang pada jam 12.36 tengah hari waktu tempatan.

Sumber: Tribunnews

KRONOLOGI: Kereta Myvi Remuk Disondol Lori. Pemandu Myvi Dapat Tepukan Semangat Gara2…

0

KRONOLOGI: Kereta Myvi Remuk Disondol Lori. Pemandu Myvi Dapat Tepukan Semangat Gara2.Sejak semalam, tular pelbagai posting di media sosia.

Yang melaporkan sebuah lori dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Seorang pengguna laman Facebook, Subash Lingam berkongsi dua rakaman kamera perakam video (dashcam) menerusi group ‘DashCam Owners Malaysia’ memaparkan detik-detik cemas kejadian tersebut.

BACA:[VIDEO] Usahawan Popular Ciplak Rekaan Tudung Pemuda Ini? Sampai Menangis Sebab Hasil Usaha….

Difahamkan, lori tanpa muatan itu datang dari arah belakang dan merempuh kira-kira lima kenderaan di hadapan yang sedang berhenti di lampu isyarat merah.

Selain itu, turut tular perkongsian menerusi group bro FAN PAGE’ memaparkan salah satu kenderaan yang dirempuh iaitu Perodua Myvi dilihat remuk teruk.

KRONOLOGI: Kereta Myvi Remuk Disondol Lori.

Berdasarkan rakaman berdurasi 21 saat itu, pemandu Myvi terbabit yang mengalami kecederaan berjaya keluar sendiri.

Dan kenderaannya sekali gus menerima sorakan serta tepukan semangat daripada orang awam.

Difahamkan lagi, kesemua mangsa selamat dan tiada kehilangan nyawa dilaporkan oleh saksi dalam kejadian berkenaan.

Kemas kini terbaharu

Menurut laporan Kosmo! Online, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd.

Salleh berkata, pemandu lori tersebut didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin.

Sumber: 0h my media

Ramai2 Sengaja Tayang Sijil Vaksin, Pemuda Bangga Dapat Makan di Luar!

0

Sejak kerajaan mengumumkan beberapa kelonggaran bagi individu yang lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk berkongsi aktiviti ‘kebebasan’ mereka di media sosial.

Sijil digital vaksinasi umpama pasport itu seolah-olah menjadi kebanggaan untuk dipamerkan seperti dilakukan seorang pemuda ini ketika menikmati hidangan secara ‘dine-in’ di sebuah restoran.

Menerusi platform TikTok, @jamalhujan merakam gelagat beberapa rakannya yang gembira apabila akhirnya dapat melakukan aktiviti ‘dine in’ setelah beberapa bulan ‘berkurung’ di rumah.

Video pendek berdurasi sembilan saat itu memaparkan mereka menunjukkan sijil masing-masing daripada aplikasi MySejahtera sambil menikmati makanan atas meja dengan penuh berselera.

Rakaman tersebut meraih 1.8 juta tontonan dan lebih 7,362 komen netizen yang memberikan pelbagai reaksi terhadap sikap ‘menayang’ mereka yang disifatkan tidak menjaga hati segelintir individu.

@jamalhujan

♬ bunyi asal – Not Ryzz帝 – RICH • iRyzz

Ini kerana ada individu yang masih belum lengkap vaksinasi sekali gus menimbulkan rasa cemburu untuk melepaskan rindu bagi melakukan aktiviti sama.

Bagaimanapun, terdapat juga netizen mengecam tindakan @jamalhujan dan rakan-rakan yang dikatakan antara punca kes jangkitan tidak surut selain menasihati supaya makan di rumah sahaja.

Tak salah keluar sekejap, rindu juga nak makan di restoran. Yang penting jangan lupa SOP. Dah selesai terus balik ya, bukan merayau!

Sumber: TikTok @jamalhujan