Home Blog Page 4

KRONOLOGI: Kereta Myvi Remuk Disondol Lori. Pemandu Myvi Dapat Tepukan Semangat Gara2…

0

KRONOLOGI: Kereta Myvi Remuk Disondol Lori. Pemandu Myvi Dapat Tepukan Semangat Gara2.Sejak semalam, tular pelbagai posting di media sosia.

Yang melaporkan sebuah lori dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Seorang pengguna laman Facebook, Subash Lingam berkongsi dua rakaman kamera perakam video (dashcam) menerusi group ‘DashCam Owners Malaysia’ memaparkan detik-detik cemas kejadian tersebut.

BACA:[VIDEO] Usahawan Popular Ciplak Rekaan Tudung Pemuda Ini? Sampai Menangis Sebab Hasil Usaha….

Difahamkan, lori tanpa muatan itu datang dari arah belakang dan merempuh kira-kira lima kenderaan di hadapan yang sedang berhenti di lampu isyarat merah.

Selain itu, turut tular perkongsian menerusi group bro FAN PAGE’ memaparkan salah satu kenderaan yang dirempuh iaitu Perodua Myvi dilihat remuk teruk.

KRONOLOGI: Kereta Myvi Remuk Disondol Lori.

Berdasarkan rakaman berdurasi 21 saat itu

, pemandu Myvi terbabit yang mengalami kecederaan berjaya keluar sendiri.

Dan kenderaannya sekali gus menerima sorakan serta tepukan semangat daripada orang awam.

Difahamkan lagi, kesemua mangsa selamat dan tiada kehilangan nyawa dilaporkan oleh saksi dalam kejadian berkenaan.

Kemas kini terbaharu

Menurut laporan Kosmo! Online, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd.

Salleh berkata, pemandu lori tersebut didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin.

Sumber: 0h my media

Ramai2 Sengaja Tayang Sijil Vaksin, Pemuda Bangga Dapat Makan di Luar!

0

Sejak kerajaan mengumumkan beberapa kelonggaran bagi individu yang lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk berkongsi aktiviti ‘kebebasan’ mereka di media sosial.

Sijil digital vaksinasi umpama pasport itu seolah-olah menjadi kebanggaan untuk dipamerkan seperti dilakukan seorang pemuda ini ketika menikmati hidangan secara ‘dine-in’ di sebuah restoran.

Menerusi platform TikTok, @jamalhujan merakam gelagat beberapa rakannya yang gembira apabila akhirnya dapat melakukan aktiviti ‘dine in’ setelah beberapa bulan ‘berkurung’ di rumah.

Video pendek berdurasi sembilan saat itu memaparkan mereka menunjukkan sijil masing-masing daripada aplikasi MySejahtera sambil menikmati makanan atas meja dengan penuh berselera.

Rakaman tersebut meraih 1.8 juta tontonan dan lebih 7,362 komen netizen yang memberikan pelbagai reaksi terhadap sikap ‘menayang’ mereka yang disifatkan tidak menjaga hati segelintir individu.

@jamalhujan

♬ bunyi asal – Not Ryzz帝 – RICH • iRyzz

Ini kerana ada individu yang masih belum lengkap vaksinasi sekali gus menimbulkan rasa cemburu untuk melepaskan rindu bagi melakukan aktiviti sama.

Bagaimanapun

Kup Doxycycline bez recepty

, terdapat juga netizen mengecam tindakan @jamalhujan dan rakan-rakan yang dikatakan antara punca kes jangkitan tidak surut selain menasihati supaya makan di rumah sahaja.

Tak salah keluar sekejap, rindu juga nak makan di restoran. Yang penting jangan lupa SOP. Dah selesai terus balik ya, bukan merayau!

Sumber: TikTok @jamalhujan

Wanita ‘Diperangkap’ 3 Remaja Perempuan Masa Hantar ‘Surprise Delivery’, Rupanya Pelanggan Adalah Penyamun!

0

Sejak kebelakangan ini, perkhidmatan ‘surprise delivery’ seakan sudah menjadi satu trend dan semakin mendapat sambutan di hati seluruh rakyat Malaysia. Kebanyakan daripada pelanggan menggunakan perkhidmatan ini untuk memberi ‘kejutan’ buat insan tersayang.

Namun berbeza pula dengan pengalaman yang dilalui seorang peniaga ini apabila dia dipertemukan dengan pelanggan dari ‘neraka’ yang cuba menyamunnya.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Ajib Saim telah menceritakan pengalaman cemas yang menimpa isterinya, Lily ketika melakukan ‘surprise delivery’ baru-baru ini. Kisah itu bermula semasa Lily pergi ke sebuah flat di Johor untuk menghantar pesanan suspek. Namun, sebaliknya pula yang terjadi apabila Lily akhirnya diperangkap dan hampir disamun oleh pelanggan tersebut.

Jelas Ajib lagi, dia hanya mengetahui perkara itu selepas menerima panggilan daripada isterinya dan ketika itu, dia terdengar seperti suara wanita sedang bergelut.

Lepas zohor dapat call dari wife, tapi tak berjawab. Yang saya dengar jeritan minta tolong nangis-nangis tengah bergelut. Lepas tu anak saudara kebetulan bersama wife. Cakap dengan telefon tadi

, dia cakap tak tahu. Mokteh macam nak kena rogol.

Menurut Ajib, dia bergegas ke lokasi kejadian dan setibanya di sana, dia melihat isterinya sudah pun berada dalam jagaan polis. Sementara dua daripada tiga orang suspek wanita berusia 19 tahun juga telah ditahan. Difahamkan, isterinya itu tidak mengalami sebarang kecederaan parah sebaliknya hanya berdepan trauma.

Kes telah diserahkan kepada pihak berkuasa. Mereka bertiga merancang untuk samun dengan membuat pesanan kerana wife seorang runner. Hampir membunuh kerana ada pisau.

Risaunya dapat pelanggan macam ni

Menjengah di ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa bimbang dengan keselamatan para peniaga terutamanya wanita yang melakukan perkhidmatan ‘surprise delivery’. Hal ini kerana, mereka perlu berjumpa dengan individu yang tidak dikenali dan sekiranya ada pelanggan yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai niat jahat, ianya secara tidak langsung mendatangkan risiko buat diri mereka.

Sumber: Ajib Saim, Lily Hananie Shadan

[VIDEO] Isteri Berubah Cepat Marah, Hafiz Mahamad Dedah Kena Sihir. Bukan Isteri Sahaja, Anak Dan…

0

Personaliti media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad mendedahkan dia serta isterinya Syafiqah Aina telah disihir oleh individu tidak bertanggungjawab atas tujuan tertentu.

Hafiz sebelum itu ada memuat naik beberapa video di InstaStory yang memaparkan isterinya dalam keadaan menangis ketika sedang dirawat oleh seorang pengamal perubatan Islam, baru-baru ini.

Bagi bercerita lebih lanjut, usahawan berusia 28 tahun itu melakukan sesi siaran langsung di laman Instagram malam tadi.

Berdasarkan penceritaan

koupit-pilulky.com

, Aina yang mempunyai personaliti ceria dan gembira dikatakan kurang mesra serta mudah ‘panas’ terhadap suami sejak kebelakangan ini.

Seolah-olah menyedari ada sesuatu yang tidak kena, Hafiz segera membawa isterinya untuk berjumpa dengan ustaz dimana wanita tersebut menangis dan meracau ketika proses berubat.

@tsukinoai

Ingat satu je, Allah tu adafrom: IG Live @hafizmahamad official

♬ Horror, cinematic, ambient – Kirill Kharchenko

Difahamkan, tindakan individu tidak bertanggungjawab itu mungkin berpunca daripada sifat hasad dengki sehingga sanggup melakukan perbuatan syirik bagi memporak-perandakan sesebuah perhubungan.

 

Bagaimanapun, menerusi posting terbaharu di Instagram, Aina memaklumkan dia sudah beransur pulih selain berterima kasih kepada orang ramai yang sudi mendoakan kesejahteraan dirinya.

Malah, wanita berusia 27 tahun itu turut memohon maaf sekiranya terdapat tindakan dilakukan dia dan suaminya di media sosial selama ini mengundang rasa kurang senang oleh segelintir individu.

“I think Hafiz dah kasitahu everything lastnight on his IG Live. So Aina rasa cukup sampai situ je ceritanya okay? Sorry tau, sebab Aina sebenarnya taknak ingat & fikir lagi pasal benda tu semua. It’s a nightmare! Benda yang Aina takan boleh lupa but at the same time Aina tak nak ingat dah.

“Maafkan kalau ada perkara yang Aina & Hafiz buat / post di social media yang buat awak rasa tak senang. Tak pernah ada niat lain selain kami nak kongsi apa yang mungkin bermanfaat untuk awak semua,” katanya.

Terdahulu, pasangan berkenaan yang sering mendapat perhatian netizen kerana melakukan kejutan ‘sweet’ mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Raisya Arisa yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Instagram Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina , Twitter @anas_aqasha77 , TikTok @tsukinoai

[VIDEO] Usahawan Popular Ciplak Rekaan Tudung Pemuda Ini? Sampai Menangis Sebab Hasil Usaha….

0

Seorang pengasas tudung meluahkan rasa kecewa dengan mendakwa rekaan miliknya telah ditiru oleh sebuah jenama tudung terkenal milik usahawan wanita popular.

Menerusi perkongsian video di platform TikTok, Yusfariq Iqmal menangis teresak-esak apabila mengetahui konsep dan idea serta hasil usaha kerasnya sejak dua tahun lalu diciplak oleh jenama besar tersebut.

Menurut pemuda berusia 26 tahun itu, dia berhempas pulas mengembangkan perniagaan tudung bawal ‘magnetic’ miliknya namun mendakwa jenama berkenaan senang-lenang mempergunakan idea orang lain.

“Senang-senang nak ambil idea aku. Dua tahun lebih aku cuba meyakinkan orang ramai, buat Research and development (R&D) sampai kemurungan.

“Apa yang pelanggan mengadu, aku cuba perbaiki. Tapi aku bersyukur akhirnya hasilkan benda ni. Founder jenama besar ni setiap tahun buat hal,” katanya.

Yusfariq atau mesra dipanggil Abe Yus berkata, dia kagum sehingga menjadikan usahawan itu sebagai idola dalam mengejar kejayaan namun kini semuanya seolah-olah musnah sekelip mata.

“Jadi tahun ni founder tudung yang hobi dia ciplak idea peniagaan kecil ambik idea aku pulak which is #bawalmagnetic by thejasmine.hq which own, designed & invented by me.

“Tak payah sebut nama, korang mesti tau kan?,” tulisnya. Mimpi ngeri akhirnya menjadi kenyataan.

Kecewa, dia pernah jadi idola aku!

Meninjau ke ruangan komen sebuah posting di bawah jenama milik usahawan tersebut

, warganet di laman Instagram mula mempersoalkan kredibiliti dan rekaan tudung yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Siapa tak kecewa, penat perah otak tiba-tiba ada pihak lain hasilkan produk yang sama pulak? Mungkin jenama terbabit boleh tampil memberikan penjelasan sebenar?

Sumber: TikTok @yusfariq , Twitter @Yusfariqq

Pintu Tutup Tapi Tak Rapat? Lelaki Ini Tunjuk Cara Nak Tukar Getah ‘Expired’ Pada Peti Ais!

0

Peti sejuk merupakan perkakas yang amat diperlukan di setiap rumah bagi menyimpan barang basah. Tanpanya

Kauf von Bactrim online

, tak lengkaplah sesebuah rumah.

Pun begitu, apabila sampai suatu masa, komponen peti sejuk mungkin mula menunjukkan masalah. Antaranya ialah apabila getah pintu menjadi longgar, membuatkan peti sejuk tidak dapat ditutup dengan rapat. Akibatnya, bahan makanan di dalam peti boleh rosak dan tak tahan lama.

Baru-baru ini, seorang pemuda berkongsi caranya untuk membaiki komponen tersebut tanpa menggunakan sebarang peralatan. Kongsi Khairul Hafiz, anda boleh mendapatkan getah tersebut melalui platform atas talian sahaja dan menukarnya sendiri.

Jom baca perkongsiannya di bawah.

Beli getah ikut ukuran

 

Seller cakap kena preorder 7 hari. Ilmu apa yang dia pakai tak tahu laa. Tengok-tengok tak sampai 3 hari dah sampai.

Bukak parcel, ni lah rupa getah dia. Setiap pintu ukuran tak sama ok.
Dia ada ukuran dia.

Tapi bagi saya, rupa dan harta bukan ukuran untuk saya cintakan awak. 1st step cabut getah adalah dengan cabut penjuru atas macam dalam gambar. Tarik aje sampai getah tu tercabut.
Jangan risau, nak repair ni tak perlu tool.

Tapi kalau nak repair luka di hati awak, awak perlukan saya di sisi.. Eh!

Ni rupa bentuk getah asal. Barang lama memang akan sentiasa kena tukar. Yang lama ganti dengan yang baru.

Tapi awak memang tiada penggnti dulu kini dan selamanya di hati saya.

Cara pasang getah yang baru pulak, tekan setiap penjuru terlebih dahulu. Baru tekan yang lain-lain, untuk elak getah terlebih saiz di setiap pnjuru.

Tekan biar betul-betul rapat supaya pintu sneang nak tutup nanti.
Tapi, pintu hati awak sentiasa terbuka untuk saya kan?

Ok tadaaaa.. dah siap…nie bukan post deko-deko ok…maaf jika lari tajuk sikit…terima kasih kerana membaca sampai abis. Nak hidang air kat awak pun, air dalam jug tu dah habis.

Sumber: Khairul Hafiz via Kelab Kaki Deko

SEDIH!! RAMAI PENIAGA2 RUGI GARA2… DIMINTA CLEARKAN BARANG DALAM MASA SEMINGGU!

0

Baru-baru kecoh apabila kerajaan mengumumkan penetapan harga untuk Covid Test Kit dengan harga RM19.90 dan bagi yang memborong pula dengan harga RM16 seunit.

Disebabkan ini ramai peniaga2 kecil yang terkesan dengan situasi yang melanda. Sedangkan peniaga2 kecil ini, mendapat barangan dengan harga yang mahal dan peniaga2 kecil ini dituduh mengambil kesempatan atas kesusahan orang.

Tetapi bagi mereka yang tidak tahu, kerugian peniaga2 kecil ini terpaksa ditanggung beribu2. Peniaga2 mengalami kerugian kerana barangan yg telah ditempah oleh pelanggan sebelum harga ‘ceilling’ dikeluarkan telah dibatalkan dan diminta ganti rugi.

Mereka juga dituduh menjual dengan harga yang mahal kerana kononnya ingin mengambil kesempatan. Namun, ramai yang tidak tahu, kos yang ditanggung oleh peniaga2 kecil ini lebih mahal daripada harga ‘ceilling’ yang dikeluarkan.

Hasil perkongsian gadis ni, mengundang sebak dikalangan orang ramai bila beliau yang baru sahaja diberhentikan kerja dan mengambil peluang untuk memulakan perniagaan dan diuji dengan berita yang sebegini.

Beliau yang enggan dikenali berkata, beliau terpaksa menangugng kerugian anggaran RM1K-RM3K untuk setiap kos yang beliau keluarkan. Malahan barangan beliau juga tersadai dek kerana beliau ‘DOWN’.

 

Beliau juga berkata, bukan sekadar dia, malahan ramai rakan2 yang mengalami situasi yang sama. Beliau yang terkilan, berkata terpaksa menjual dengan harga yang murah demi untuk menampung kos kerugian yang perlu ditanggung.

Pada korang yang nak support bisnes sis ni

, boleh terus berurusan dengan beliau di link :
https://t.me/testkitcovidnewgene

Sama2 kita bantu mereka gaiss!

[TERKINI] Dakwa Jumpa Malaikat, Nabi Muhammad SAW & Tahu Tarikh Kematian, Ini Pesanan Ustazah Asma’ Harun Buat Pengikut ‘PMYT’!

0

Sejak kebelakangan ini, viral di media sosial mengenai ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Sittah Annur. Difahamkan, pihak polis juga telah mengenal pasti individu yang terlibat. Terbaru

apoteketreceptfritt.com

, Ustazah Asma’ Harun telah memberi respon berhubung ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT).

Menerusi perkongsian di Facebook, Ustazah Asma’ Harun mengakui bimbang dengan kewujudan kumpulan PMYT kerana fahaman ini sangat menyentuh sensitiviti umat Islam, bahkan ianya berkait dengan aqidah. PMYT mendakwa menerima ramalan melalui mimpi termasuk berita bakal berlakunya Perang Dunia Ke-3 bermula di Sabah selain mengajak orang ramai mencari Imam Mahdi supaya dapat menyelamatkan masyarakat daripada huru-hara peperangan.

Sejak 6 bulan yang lalu, kumpulan PMYT ini telah berkongsi pelbagai dakwaan dan ramalan yang mereka perolehi melalui mimpi menggunakan platform media sosial seperti Facebook, YouTube dan Telegram. Mereka yang mengikuti juga terdiri daripada golongan profesional seperti doktor, jurutera, pensyarah, pesara kerajaan termasuk anggota polis serta tentera.

Bahkan saban hari jumlah pengikut kumpulan PMYT ini semakin meningkat sehingga mereka bergiat aktif dan mampu mewujudkan 22 kumpulan Telegram di seluruh negara.

Lebih membimbangkan apabila Sittah Annur turut mengajak para pengikutnya keluar bersama jika berlakunya peperangan selain menimbulkan pemikiran bahawa masyarakat perlu menyembunyikan diri dan kekal berada di dalam hutan untuk mendapatkan keselamatan.

Dia mendakwa dirinya beryaqazah (bertemu secara sedar) dengan malaikat dan Nabi Muhammad SAW. Antara mimpinya juga adalah mengenai keadaan syurga dan neraka. Beliau sempat meronda di dalam mimpinya dan mengakui telah mengetahui bila tarikh kematiannya dan anaknya malah huru-hara yang akan berlaku pada hari kiamat.

Tegas Ustazah Asma’ lagi, tiada seorang pun yang mengetahui bilakah akan terjadinya hari kiamat. Malah, kita juga tidak boleh meyakini dan mentafsirkan mimpi berdasarkan pandangan kita sendiri.

Mimpi hanya boleh ditakwilkan oleh segolongan yang dikurniakan Allah SWT untuk mengetahui akan rahsia-rahsianya. Sungguh, hanya mimpi para nabi dan rasul sahaja mimpi benar yang boleh dijadikan sebagai sumber hukum dan hujah syarak. Manakala orang biasa seperti kita, pasti tidak mampu untuk melepaskan diri daripada hasutan syaitan yang boleh menggugat kesahihan takwilan mimpi.

Dalam kesempatan itu, Ustazah Asma’ merayu kepada umat Islam supaya lebih berilmu untuk menghalang daripada berlakunya salah faham dan munculnya kumpulan ajaran sesat yang merosakkan akidah seseorang.

Syukur Menteri Agama, Ustaz Idris Ahmad telah menegaskan untuk menyelamatkan aqidah kumpulan ini melalui pendekatan kaunseling dan pendidikan buat mereka. Bahkan semua pihak berkuasa agama tidak akan berkompromi dalam menangani sebarang ajaran sesat. Sungguh, inilah tindakan yang tepat dan patut dibuat.

Sumber: Ustazah Asma’ Harun

Faham Isi Hati Anak Saat Terserempak Bekas Kekasih! Bapa Terus Peluk & Menangis Sambil Ucap Anak Abah Pun Boleh Bahagia!

0

Ramai yang sebenarnya agak kurang rapat dengan ayah sendiri. Mungkin karektor orang lelaki yang sukar menunjukkan kasih sayang secara terbuka, khususnya bila anak-anak sudah meningkat dewasa membuatkan perhubungan anak ayah itu tidak semesra mana. Malah kita sering melihat anak-anak lelaki mahu pun perempuan lebih rapat dengan ibu yang mungkin dilihat agak mudah diajak berbincang berbanding mengadakan perbincangan terbuka dengan bapa.

Namun satu perkongsian di Tik Tok atas nama @aidaroslan_ini pasti membuatkan kita semua terharu dan rasa sebak. Ya terharu kerana “ayah selalu menjadi super hero” kita di saat hati kita terluka. Malah kata-kata dan pelukannya sudah cukup membuatkan kita rasa selamat dan sentiasa disayangi. Betul tak?

Sebagai perempuan, kita pasti mahukan kehadiran seorang lelaki selain ayah dalam hidup kita. Untuk kita berkongsi segala-galanya dan andai ada jodoh, kita mahu melangkah ke alam perkahwinan. Namun semasa perhubungan terjalin, segala kemungkinan boleh terjadi termasuk putus di tengah jalan.

Dari perkongsian @aidaroslan_ ini, ternyata kasih sayang seorang ayah cukup menebal buat anaknya. Mahu sentiasa menjadi pelindung di saat jiwa pedih dan tercalar kerana perhubungan terhenti di tengah jalan.

Kata Aida, hendak dijadikan cerita, semalam dia dan ayahnya keluar menaiki kenderaan dan mereka lalu di satu tempat. Pada awalnya tiada sebarang masalah dan secara tiba-tiba, dari dalam kereta dia ternampak bekas kekasihnya bersama kekasih baru dan pasangan itu terlihat sedang bahagia. Awalnya

, dia ok saja dan tersenyum melihat bekas kekasihnya yang kini bahagia. Namun segalanya berubah, bila mana ayahnya juga menyaksikan gelagat bekas kekasihnya itu selain ayahnya ternampak reaksi mukanya semasa melihat pasangan ini dari jauh.

“Tanpa sedar, ayah terus peluk saya dan menangis sambil mengucapkan “ dia dah bahagia, anak abah pun boleh bahagia. Anak abah kuat”.

Dari kata-kata abahnya itulah, Aida akui dirinya tak mampu menahan sebak dan terus auto melalak secara spontan. Kongsinya lagi, betullah kata orang, ayah sentiasa jadi pelindung pada anak perempuan dan anak perempuan juga merupakan permaisuri di hati seorang ayah. Bukan itu saja, hati anak perempuan itu milik ayah juga.

Anak Hadiahkan Jambangan Bunga Duit RM 2000 Untuk Ayah Sempena Birthday!

0

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan setiap kali hari lahir

Kup Cialis Professional bez recepty w Warszawie

, pasti ramai yang akan memberi hadiah untuk insan tersayang. Sama seperti perkongsian seorang wanita di TikTok di mana dia menghadiahkan jambangan bunga duit gergasi buat ayah tercintanya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Sheyra Edy, dia berkongsi momen gembira dan sebak sewaktu memberi jambangan bunga duit gergasi buat ulang tahun kelahiran ayah tercinta.

Menurut wanita itu, dia telah membuat tempahan jambangan bunga bernilai RM2,000 tersebut dua minggu sebelum tiba hari yang dinanti-nantikan. Jambangan bunga tersebut juga terpaksa dibawa menaiki lori kerana terlalu besar.

Setibanya di rumah, jelas kelihatan air muka ayahnya sedih dek kerana terharu menerima jambangan bunga tersebut. Sheyra juga mendoakan agar ayahnya dipanjangkan umur dan mahu memberi kebahagiaan sepenuhnya sementara masih ada.

Video berdurasi 47 saat itu menerima 18,000 tontonan dan komen daripada warganet yang memuji tindakannya selain turut mendoakan agar sentiasa murah rezeki. Kasih ibu dan ayah dibawa hingga ke syurga.

Sumber: Sheyra Edy