Home Blog Page 5

[VIDEO] Wanita Baca Jampi Rawat Pesakit Diganggu Jin Secara ‘Online’, Berubat Patuh SOP Kononnya!

0

Sejak pandemik melanda dunia, sememangnya wadah utama untuk berniaga adalah secara atas talian atau online. Dari membeli makanan, keperluan rumah, ubat-ubatan dan juga pembelajaran, semuanya hanya di hujung jari sahaja.

Namun tidak sangka ada juga rawatan alternatif yang dilakukan secara online sahaja untuk mengubati pesakit. Hal ini pasti menjadi tanda tanya orang ramai sama ada ia berkesan ataupun tidak.

Lain macam cara berubat

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @mustakim_ismail

, dia telah memuat naik semula satu video seorang peramal perubatan alternatif sedang melakukan ritual secara atas talian.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna Twitter yang diperoleh daripada aplikasi TikTok, dapat didengar seorang wanita bertelekung sedang mengubati pesakitnya dengan menggunakan kalimat Allah S.W.T dan seolah-olah sedang berinteraksi dengan ‘sesuatu’

Adakah ini syirik?

Hal tersebut membuatkan netizen berasa pelik dengan kaedah rawatannya memandangkan ‘rawatan’ tersebut dilakukan secara live di aplikasi TikTok.

Ramai yang beranggapan bahawa tindakan tersebut agak bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh disifatkan syirik menurut kata netizen.

Sumber: Twitter @mustakim_ismail

[VIDEO]”Alhamdulillah, Saya Masih Mampu Untuk Lahirkan Zuriat..” – DSV Bakal Berkahwin Tak Lama Lagi?

0

Sejak minggu lalu, kisah mengenai usahawan kosmetik, Dato’ Seri Vida yang dipercayai hampir berkahwin dengan bekas personal assistant (PA), Ahmad Iqbal Zulkefli menjadi bualan di media sosial.

Menurut Iqbal sendiri, usahawan tersebut telah pun melakukan pemeriksaan kesuburan bagi memastikan beliau masih mampu melahirkan zuriat andai berkahwin semula walaupun jarak usianya dengan jejaka berkenaan agak jauh.

Pernah 4 bulan tak period

Jadi, menerusi IG story Dato’ Seri Vida, usahawan tersebut berkongsi sedikit cerita berkenaan kesuburannya ketika usia mencecah 50 tahun.

Menurutnya, sebelum ini beliau pernah risau kerana sudah 4 bulan tidak datang bulan. Hal ini membuatkannya berfikir berkenaan simptom menopause yang dihadapi wanita menjelang usia senja.

Walau bagaimanapun, dato’ Seri Vida akui yang dirinya tidak pernah putus harapan dan terus berusaha dengan minum minuman kesihatan seperti produknya Pamoga sehinggalah periodnya kembali datang.

Tambahnya lagi

kupbezrecepty.com

, period yang dialaminya juga masih seperti waktu muda dan seakan keguguran membuatkannya lega dengan kondisi itu.

Jadi, beliau sangat bersyukur kerana dalamannya masih lagi baik dan boleh melahirkan zuriat apabila membuat pemeriksaan kesuburan sebelum ini.

Walaupun video yang dibuat itu menjurus kepada mempromosikan jus Pamoga keluaran syarikatnya, namun ia sedikit sebanyak menjelaskan berkenaan kenyataan yang dibuat oleh bekas PA usahawan itu mengenai perancangan hendak berkahwin.

Dapat dilihat juga diruangan Instagram DSV tersebut yang beliau ada memuat naik video serta gambar bersama Iqbal dengan kapsyen yang positif untuk jejaka itu.

Sumber: Instagram datoserivida

Tayang Kereta Tesla di IG, Ramai Tanya Bos Air Asia ‘Refund Ticket’ Orang Ramai!

0

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes merupakan antara individu terkaya di Malaysia. Jadi tidak hairanlah apabila beliau mampu memiliki kereta-kereta mewah dan ‘rare’ sebagai koleksi peribadinya.

Terbaru, Tan Sri Tony Fernandes telah memuat naik gambar bersama sebuah kereta Tesla Model Y iaitu sebuah kenderaan Crossover SUV. Menurut kapsyen yang disertakan, beliau memberitahu yang kereta tersebut merupakan kereta yang bebas daripada pencemaran dan dapat melindungi serta memelihara alam sekitar.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian ramai adalah komen-komen yang diterima di ruangan Instagramnya apabila ada beberapa individu menyuarakan perihal gaji serta bayaran balik berkenaan tiket pesawat Air Asia yang ‘burn’ disebabkan pandemik.

Tak hanya itu, posting berkenaan juga telah menjadi perbualan di laman Twitter apabila ramai yang perasan akan komen-komen yang diterima Tan Sri Tony Fernandes di postingannya bersama kereta baru yang diperoleh sewaktu Hari Kemerdekaan tempoh hari.

Susulan daripada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group terus menerima hujatan daripada netizen kerana beberapa isu termasuklah berkenaan bayaran balik tiket pesawat yang sudah ditempah namun jadual penerbangan dibatalkan kerana masalah-masalah tertentu.

Refund? Hahahah….

Sumber: Instagram Tony Fernandes

, Twitter @esshimself

Bangunan Di Abu Dhabi, UAE Dilimpahi Cahaya Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan Ke-64!

0

Tarikh keramat 31 Ogos yang lalu menandakan bahawa sudah 64 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Dalam keadaan pandemik COVID-19 yang masih melanda negara, kemerdekaan pada tahun ini pastinya disambut dalam keadaan norma baharu.

Tiada lagi sambutan ambang merdeka dan himpunan atau perarakan secara besar-besaran. Namun, ia bukan alasan untuk kita tidak menyemai rasa cinta pada negara dan menghayati setiap pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan.

Bendera juga perlulah terus dikibarkan kerana ia salah satu simbol kedaulatan negara. Menariknya, Jalur Gemilang itu juga telah menghiasi bangunan-bangunan ikonik di Abu Dhabi, UAE, semalam.

Menerusi perkongsian Abu Dhabi Government Media Office di Facebook dan Twitter, bangunan itu dinyalakan dengan warna bendera Malaysia sebagai tanda sambutan Hari Kemerdekaan di negara kita.

Tular di media sosial

Antibiotika zum Online-Kauf

, ia mendapat perhatian rakyat Malaysia yang merasa bangga melihat warna bendera itu serta meluahkan penghargaan buat kerajaan UAE.

Sumber: Abu Dhabi Government Media Office

[TERKINI] HATI2! Jangan Fazura Mohon Jangan ‘Terkena’. Kononnya Jual Tudung Fazura Rupanya…

0

Baru-baru ini, pelakon tanah air, Fazura telah mengumumkan berita gembira yang mana jualan tudungnya mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat. Mana tidaknya, jualan tudung jenama Fazura itu sebanyak 80,000 helai telah terjual dalam masa 2 jam membuat dia berasa sebak dengan sokongan yang diterimanya.

Turut mendapat perhatian ialah harga yang dikenakan bagi sehelai tudung yang berjumlah RM 27 dengan niat membantu orang ramai yang terkesan kerana pandemik. Selepas beberapa hari meraih kejayaan luar biasa dengan kutipan sebanyak 2.16 juta, terdapat pula pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menipu orang lain.

Perkara itu dikongsikan oleh Fazura di laman Instagram melalui Insta Story dengan memuat naik bukti perbualan jahat penipu berkenaan.

Menurut Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura binti Sharifuddin, 37, perbuatan itu sudah lama dilakukan sejak beberapa bulan lalu, namun semakin mengganas sejak akhir-akhir ini. Dia dah amik banyak duit orang dan dia gunakan bahan macam katalog untuk menipu ramai orang.

Dia pujuk pelanggan dengan menyatakan stok masih ada walaupun sebenarnya koleksi yang didakwanya itu sudah lama kehabisan stok.

Tambahnya lagi, penipu itu turut meminta pembeli membayar dengan cara transaksi sebelum menyekat nombor pelanggannya yang sudah membuat bayaran. Disebalik kekecewaannya dengan tindakan individu tersebut

, Fazura juga memohon agar si pelaku segera bertaubat dan memulangkan kembali wang yang ditipunya.

Selain itu, dia juga turut menunjukan wajah di pelaku. Namun tidak dapat dipastikan sama ada gambar tersebut adalah asli ataupun palsu.

Saya tak tahulah apa awak rasa bila menipu orang. Siap ada gambar konon sedang membungkus parcel. Sedangkan orang mengharapkan untuk dapat tudung itu dan pakai. Taubatlah, tolonglah. Kalau ada rasa bersalah dalam hati awak, tolonglah bertaubat. Pulangkan semula duit pelanggan dan ejen-ejen saya.

Suami kepada pelakon Fattah Amin itu turut memohon maaf kepada pelanggan yang menjadi mangsa penipuan individu itu selain mencadangkan mereka membuat laporan polis secepat mungkin.

Kredit: Insta Story Fazura I Kosmo!

[GAMBAR] Perbuatan Tidak Bermoral & Tidak Bertanggungjawab. Surau Diletakkan Najis & Al-Quran….

0

Tidak dapat difikirkan apa yang terlintas di fikiran seorang individu yang sanggup melakukan perbuatan khianat di sebuah Surau Taman Seri Bakti, Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Terengganu.

Menerusi status yang dimuat naik pihak admin Surau Taman Setia Bakti, meluahkan rasa sedih dengan perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab yang seolah-olah merendahkan tempat umat Islam beribadat. Individu tersebut dipercayai bertindak kejam dengan membuang najis pada tempat Imam bersujud dan turut mengoyak Al-Quran sebelum bertindak membuangnya di luar kawasan surau.

Sedih berasa harini. Surau kita kena khianat buang najis dekat tempat tok Imam. Al-Quran dikoyak dan dibuang Akhir zaman ya Allah.

Terbaru, tulis Surau Taman Setia Bakti pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat akan kejadian tersebut.

Terima kasih Polis Diraja Malaysia(PDRM) cepat dan pantas bertindak. InsyaAllah tak lama isu akan diselesaikan. Permudahkan kami ya Allah menjaga kesucian rumahMu. Ampunkan kami atas kekurangan kami dalam menjaga rumahMu ya Allah.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen

2pharmaceuticals.com

, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan apa yang telah terjadi. Namun begitu, ada juga yang mendakwa ianya mungkin dilakukan oleh individu yang mempunyai masalah mental. Sehingga kini, tiada info lanjut berhubung apa yang telah terjadi.

Sumber: Surau Taman Setia Bakti

[TERKINI] Tarikh Pembayaran Bantuan Khas COVID-19 Akan Disalurkan!

0

Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri memaklumkan proses pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 Fasa 1 akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021.

Menerusi kenyataan media sebentar tadi, beliau mengatakan bahawa Kementerian Kewangan telah diarahkan untuk menyegerakan pembayaran BKC itu yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan Ogos.

“Hari ini (1 September 2021) dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan,” katanya.

BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40, dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

Bagi pembayaran Fasa 1 ini, di bawah kategori miskin tegar dan B40, isi rumah akan mendapat sebanyak RM500

, manakala warga emas sebatang kara dan bujang pula RM200.

Isi rumah bagi M40 pula akan mendapat sebanyak RM250 dan warga emas sebatang kara dan bujang akan mendapat sebanyak RM100.

Di bawah ini merupakan jadual bagi kelayakan penerima dan fasa pembayaran BKC.

Sumber: Bernama TV

Rayuan Ditolak, Ini Kenyataan Rasmi World Para Athletics Mengenai Penarikan Semula Pingat Emas Ziyad!

0

Atlet paralimpik negara, Mohd Ziyad Zolkefli dianggap tidak hadir ke ‘Call Room’ pada waktu ditetapkan, merujuk kenyataan World Para Athletics (WPA).

Dalam kenyataan itu, keputusan tersebut diputuskan berdasarkan World Para Athletics Rule 5.5 -‘Kegagalan Lapor Diri Ke Call Room’ di mana atlet yang tidak hadir ke Call Room dalam masa ditetapkan seperti diterbitkan dalam jadual Call Room akan ditetapkan sebagai DNS (Did Not Start).

“Kenyataan World Para Athletics berhubung acara Lontar Peluru F20 pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Rayuan tiga atlet dari Australia

Buy Kamagra Without Prescription

, Ecuador dan Malaysia yang bertanding dalam acara lontar peluru F20 akhir di bawah protes telah ditolak juri rayuan WPA.

“Berdasarkan peraturan itu, atlet boleh bersaing di bawah protes di mana pengadil mempertimbang kesemua bukti dan sebab atlet lewat ke Call Room. Setelah mempertimbang semua bukti, pihak pengadil memutuskan tiada sebab munasabah untuk kegagalan atlet untuk melapor diri ke Call Room pada masa ditetapkan,” tulis kenyataan itu.

“Atlet-atlet telah membuat rayuan kepada Juri Rayuan, yang mana telah memberi pasukan peluang untuk mengemukakan maklumat relevan sebelum membuat keputusan terakhir.

“Juri Rayuan membenarkan keputusan Pengadil dan mengesahkan keputusan atlet sebagai DNS.”

Sumber:#ParaAthletics #Tokyo2020

Dah Menang Baru Protes, Pingat Emas Ziyad ‘Dirampas’ Atlet Ukraine

0

Atlet lontar peluru negara di Paralimpik Tokyo 2020, Muhammad Ziyad Zolkefli, 31 melalui detik cemas apabila pingat emas yang sepatutnya menjadi miliknya telah dibantah oleh pihak kontinjen Ukraine susulan masalah teknikal berhubung kelewatannya masuk ke call room sebelum acara bermula.

Ada protes dari atlet Ukraine. Ziyad salah seorang dari 3 atlet yang telah lambat masuk ke call room sebelum pertandingan dimulakan. Maka, Penyertaan Ziyad dibatalkan. Kemenangan emas Ziyad dibatalkan serta merta. Emas diraih Atlet dari Ukraine Maksym Koval.

Sebelum ini, Ziyad telah memecahkan rekod dunia apabila mencatat balingan sejauh 17.31 m pada balingan pertama. Selepas itu, dia sendiri memecahkan rekod tersebut apabila kembali mencatat balingan sejauh 17.94 m dan membolehkannya layak menggenggam pingat emas.

Namun begitu, seusai keputusan diperoleh, Ukraine telah membantah kemenangan Ziyad atas sebab masalah teknikal dan pingat emas dan perak diberikan oleh atlet Ukraine.

Seketeriat Malaysia telah membuat bantahan terhadap penarikan pingat yang sepatutnya menjadi milik Malaysia bersama 2 lagi negara, Australia dan Ecuador yang turut disenarai oleh pihak Ukraine dalam bantahannya sebelum ini.

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu juga menerusi Twitternya memaklumkan pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut sedang berusaha melakukan perbincangan dengan membantah bantahan yang dilakukan oleh Ukraine.

KSU KBS bersama CDM berada di lapangan. Protes Ukraine terhadap 3 negara amat lemah. Ketiga2, sedang counter protest. Doakan. Sama-sama kita doakan agar pingat Emas Ziyad dikembalikan.

Sumber: Twitter @PejaOfPerak

, @Tokyo2020, @Astroarena

[VIDEO] Duit Tinggal RM2, Warga Emas Murah Hati Pinjamkan Duit Isi Minyak Motosikal!

0

Rezeki tak pernah salah alamat dan itu mungkin perumpamaan paling tepat untuk seorang warga emas yang sedang dalam kesusahan namun memilih untuk menghulurkan pertolongan. Berdasarkan perkongsian satu video di Tik Tok

Koupit Doxycyklin v Praze

, seorang gadis mendedahkan dia dilanda kesusahan selepas motosikal yang dinaikinya kehabisan minyak ketika membuat khidmat penghantaran di sekitar daerah Bentol di Tawau, Sabah.

Secara kebetulan, pengguna yang menggunakan akaun fitry.care terserempak dengan seorang warga emas yang bekerja sebagai penjaga lori. Lantas, warga emas tersebut terus menanyakan mengenai keadaan motosikal.

Sedang gadis itu bercerita, pakcik yang sudah lanjut usianya memberitahu dia kurang memahami disebabkan mempunyai masalah pendengaran jadi perlu memakai alat pendengarannya yang disimpan dalam poket.

Ada RM2 untuk beli kuih

Gadis ini menyuarakan hasrat untuk meminjam wang sebanyak RM2 dan berjanji akan membayarnya semula. Tidak berfikir lama, warga emas tersebut menghulurkan dan menyatakan itu sajalah wang yang dimilikinya.

@fitry.care

Walaupun duit beliau tinggal Rm 2 ,beliau masi mau membantu saya #tawau #peduli #sabah

♬ bunyi asal – Fitry.care – Fitry.care

Katanya lagi, dia ingin menggunakan duit tersebut untuk membeli kuih pada awalnya bagaimanapun memilih untuk membantu gadis tersebut.

Selepas itu, gadis itu datang semula bagi membayar hutang lalu dihulurkan RM100 kepada pakcik itu. Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat hampir 170,000 tanda suka dan lebih 5,000 komen.

Sumber: Tik Tok @fitry.care