Home Blog Page 6

Pelik Polis Selalu Sentuh Bahagian Belakang Kereta Ketika Tahan Pemandu, Rupanya Ini Sebabnya!

0

Meminta pemandu untuk menunjukkan lesen dan nombor pendaftaran mereka merupakan prosedur biasa daripada pegawai polis semasa hentian lalu lintas. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat segelintir pemandu yang tidak menyedari aksi pegawai polis menyentuh lampu belakang kereta.

Terdapat banyak sebab mengapa polis di Amerika Syarikat akan menyentuh lampu belakang kereta ketika sedang menahan pemandu kereta tersebut. Menurut Law Dictionary, sebelum kamera dipasang di dashboard kenderaan polis, mengetuk lampu belakang adalah cara mereka untuk meninggalkan bukti pertemuan.

Cap jari yang ditinggalkan di kenderaan tersebut akan menjadi bukti bahawa wujud interaksi antara pegawai polis dengan pemandu kenderaan. Hal ini sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya sesuatu berlaku kepada pihak polis semasa hentian lalu lintas dijalankan.

Cara ini juga dapat membantu pegawai polis yang lain untuk mengesan anggota pasukan yang hilang walaupun tanpa bukti video jenayah yang berlaku. Trooper Steve Montiero turut menyokong teori ini dengan memberitahu kepada media News 6, “Ketika pegawai undang-undang melakukan hentian lalu lintas, ada banyak prosedur yang perlu dilakukan. Tidak hanya demi keselamatan pemandu, tetapi juga untuk keselamatan petugas. Salah satu prosedur tersebut dapat menjadi bukti berlakunya interaksi antara pegawai polis dengan kereta itu seperti menyentuh bahagian lampu belakang.”

Antara sebab lain pegawai polis bertindak sedemikian adalah untuk mengejutkan pemandu. Mungkin terdapat pemandu yang membawa bahan terlarang di dalam kereta seperti senjata api, peluru atau dadah. Lantas, mereka akan berusaha untuk menyembunyikan bahan-bahan terlarang tersebut sebelum pegawai polis menghampiri tingkap.

Pemandu biasanya akan berhenti seketika setelah mendengar bunyi ketukan dan ia membuatkan pihak polis mempunyai lebihan masa untuk mengetahui apa yang cuba disembunyikan oleh pemandu tersebut. Oleh sebab inilah pihak polis akan menyentuh lampu belakang kereta pemandu, iaitu untuk mengejutkan orang di dalamnya.

Taktik polis ini juga bertujuan untuk memastikan bagasi dalam keadaan terkunci supaya tidak ada yang dapat lari keluar daripada bagasi tersebut. Trooper Montiero berkata, “Mungkin kedengaran agak “gila”, tetapi ia ingin memastikan bahawa tidak ada yang melompat keluar daripada bagasi dan dilindungi dengan betul.

Sumber: The Sun

Elak Sampah Sisa Makanan Berbau Satu Rumah Dan Berair, Wanita Ini Ajar Caranya Hanya Letak Bekas Telur!

0

Tidak dinafikan, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, rata-rata banyak membeli telur, ye lah, banyak sajian berasaskan telur dapat kita hidangkan untuk seisi keluarga. Jadi, sarang telur memang akan ‘bertingkat-tingkat’ tingginya. Kalau korang ikut tips di bawah ini, ‘confirm’ korang tak akan buang sewenang-wenangnya sarang telur ini. Tidak dinafikan, kegunaan sarang telur ini sangatlah banyak termasuklah boleh dijadikan sebagai tempat menuai benih, halau nyamuk, hiasan rumah serta banyak lagi.

Menerusi perkongsian daripada Nur Husna Shaikun di laman Facebooknya tentang tips dan kegunaan sarang telur untuk mengelakkan sampah sisa makanan berbau busuk dan berair. Projek sarang telur untuk alas tong sampah. Dapat idea dalam group ni juga.

Ambik sarung telur terpakai dan ukur pada bahagian bawah tong sampah. Potong bagi muat-muat dengan saiz tong sampah anda ya. Masukkan plastik sampah dan lapik pula dengan sarung telur yang sudah dipotong tadi.

Menjengah di ruangan komen pula, warganet turut menggunakan cara yang sama bagi mengelak sisa sampah di dalam rumah berair dan berbau. Tak kurang daripada itu, ada yang turut berkongsi pelbagai cara dan tips tentang kebersihan di dapur kediaman mereka.

Sumber: Nur Husna Shaikun

Semak Wang Tak Dituntut Anda Dari Akaun Bank Lama Yang Dah Tak Aktif

0

Sejak dari kecil hingga kini, kita pasti telah beberapa kali membuat akaun bank sama ada untuk menyimpan duit atau pun atas faktor kerja. Mungkin ada daripada kita yang mempunyai lebih dari dua kad bank atau ada sebarang insuran yang sudah lama tak aktif.

Jadi, kalau korang ada kad bank yang telah lama tak aktif, contoh di dalamnya ada lebih dari RM50, takkan nak biarkan saja duit di dalam tu? Jadi, lelaki ini tunjuk cara untuk semak semula wang yang tak dituntut.

Ya, sebenarnya Jabatan Akauntan Negara Malaysia ada satu bahagian yang dikhususkan untuk perkara seperti wang tidak dituntut. Cek wang Tak dituntut anda. Saya ingatkan takde, bila cek ada dekat RM3,000 rupanya.

Saya share sini cara nak buat

1) Layari https://egumis.anm.gov.my/

2) Untuk yang pertama kali, register dulu (sign-in). Isi semua maklumat yang diperlukan

3) Log in semula. Kemudian, masukkan semua maklumat yang diperlukan. (Lengkapkan alamat)

4) Untuk cek wang tidak dituntut. Masukkan IC . Boleh bantu check untuk pasangan anda juga.

**Maksimum boleh check dua nombor IC sahaja

Resipi Thai Green Tea Latte Homemade! Sekali Cuba Memang Nak Lagi… Memang Padu!!

0

Ramai yang peminat tea tak tahu nak buat. Kadang-kadang kalau pergi beli di kedai memang puas hati tapi harga pula mahal. Sekarang admin kongsikan pada anda semua resepi terunggul untuk korang buat sendiri dekat rumah.

Bukan sahaja puas hati, malahan korang nak repeat banyak kali pun tak perlu risau duit nak kena keluar sebab bahan dia simple je! Rasa dia lagi padu beb!

Ok, jom ikut resepi dekat bawah ni.

RESIPI THAI GREEN TEA LATTE

Bahan-bahan:

– 2 sudu besar teh hijau Thai
– 6 sudu besar susu pekat
– 4 sudu besar susu cair
– 500ml air panas
– Ais

Kalau korang nak lagi terangkat boleh cuba:

– Serbuk teh hijau
– Whipped cream
– Extra susu cair

Cara-caranya:

1. Bancuh teh hijau dan biarkan selama 5 minit
2. Tapis air teh dan blend bersama susu pekat dan susu cair
3. Hidang dalam jag / gelas berisi ais
4. Kalau nak lagi berkrim: Tambah susu cair!
5. Kalau tak berapa kisah pasal diet: Tambah whipped cream dan taburkan serbuk teh hijau!

Kalau korang nak kurang manis boleh sukatkan susu ikut kesesuaian masing-masing. Ikut tekak korang nak manis atau kurang manis. Macam mana? Mudah and bahan pun tak rumit. Jimat duit korang and Paling Penting sekali boleh REPEAT!! Selamat Mencuba!

Bersyukur Kerana Anda Frontliners! Kalau Takda Mereka Ni Mesti Susah! Apakan Lagi Ketika Tengah PKP Ni!

0

Cuba bayangkan ketika PKP dengan pergerakan yang sangat terhad, mesti rasa lagi stress dan rasa seakan-akan semuanya terhenti. Segala urusan susah untuk dijalankan – perjumpaan bersama rakan-rakan terhad, penghantaran barang menjadi lebih lama, bisnes tergendala, dan bagi frontliners masa seperti tidak terhenti.

Selain dari para doktor, polis, askar, jururawat, para rakan penghantar ni pun frontliner juga tau. Nampak remeh tapi ramai yang tak perasan betapa besarnya pengorbanan mereka bagi membantu kita dalam kegiatan seharian dan juga bagi menjamin keselamatan kita. Nak tau tak frontliners ni nampak je macam serius tapi sebenarnya ada sikap mereka di sebalik tabir yang ramai tak tahu. Kalau korang dengar ni, mesti korang tabik spring pada mereka.

Polis & tentera tetap bertugas, biar hujan lebat & panas sekalipun

Sejak negara dilanda pandemik, berpanas dan berhujan selain berembun dari senja ke dinihari sudah menjadi asam garam serta rutin tugas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR). Bagi mereka, ‘ala, ini biasa je’. Cool gila kan?

Petugas kesihatan tahan panas & lelah, terpaksa pakai PPE berbelas jam

Petugas kesihatan sanggup jadi benteng pertama untuk membendung penularan wabak ni tanpa mengira waktu. Dah la mereka wajib memakai pakaian perlindungan (PPE) yang disediakan demi keselamatan dan lindungi diri. Kena pakai berbelas jam, panas tu. Kita boleh gelar petugas kesihatan ni sebagai wira!

Nampak banyak motor dengan beg penghantaran makanan kat tepi jalan? Cuba intai sikit, kadang-kadang boleh nampak kakak dan abang rider ni tengah makan kat tepi-tepi tu. Mereka ni jenis tak kisah makan kat mana pun. Sampaikan tak sempat makan sebab tak sanggup biar pelanggan lapar. Power ah rider ni.

Pekerja kedai runcit kena isi bekalan dengan cepat, sanitasi kedai secara berkala setiap hari

Pekerja kedai runcit tak kurang hebatnya sebagai frontliner. Setiap hari mereka isi bekalan yang laris terjual seperti tisu tandas, telur, roti, produk dan barangan dalam tin dengan cepat. Mereka jugak perlu sanitasi setiap bahagian kedai setiap hari secara berkala. Sikap pembersih macam ni kita kena ikut.

Salah satu cabaran seorang delivery. Kalau tak jumpa anjing atau kena kejar dalam satu hari, memang tak sah. Boleh dikatakan ni la roadblock yang mereka perlu hadap setiap hari. Kalau korang macam mana? Sanggup ke nak hadap rasa takut tu. Abang delivery je yang berani dalam hal ni! Korang tak rasa ke mereka ni seperti unsung hero? Sebab kan diorang la kita boleh duduk rumah dengan selamat. Memang setuju sangat tu!

Hargailah frontliner di Malaysia daripada pelbagai bidang!

Walaupun sumbangan setiap frontliner tu berbeza, tetapi tujuan mereka adalah sama, untuk membantu rakyat Malaysia dari segi perubatan, keselamatan mahupun penghantaran. Sama seperti semua frontliner yang lain, mereka ini juga bekerja tak kira siang,malam, hujan atau pun panas. Yang penting, mereka dapat laksanakan tugas mereka dengan betul. Betul-betul respect lah dengan frontliners ni. Mereka mengutamakan orang lain dari diri sendiri. Tak ramai yang mampu untuk buat perkara macam tu tau.

Bagi meraikan jasa dan pengorbanan frontliners, Lalamove mempersembahkan sebuah video untuk menunjukkan penghargaan rakyat Malaysia kepada mereka. Walaupun kita menyambut kemerdekaan dengan sedikit berbeza tahun ini, namun sambutan kali ini yang paling bermakna kerana kita sendiri dapat merasai dan lihat sendiri pengorbanan setiap frontliner itu. Bagaimana mereka bertarung nyawa, berjam-jam di atas jalan, di hospital, menjaga roadblock dan sebagainya. Rakyat Malaysia sangat-sangat menghargai sumbangan korang.

Jika anda menyukai video merdeka dari Lalamove ini, jangan lupa like dan share di social media anda serta tag rakan-rakan frontliners anda untuk berterima kasih dan meraikan jasa baik mereka. Terima Kasih Frontliners, kami bersyukur kerana anda. Selamat Hari Kemerdekaan ke- 64.

Wanita Dikecam Kongsi Perjalanan Suami Ceraikan Madu, Bekas Isteri Dedah Punca Berpisah!

0

Baru-baru ini di laman Facebook, kecoh apabila satu perkongsian mengenai seorang isteri yang pernah masuk meminang untuk suaminya kini menemani suaminya untuk bercerai pula. Melalui perkongsian tersebut, wanita berkenaan menemani suaminya menuju ke mahkamah bagi menjalankan urusan mahkamah.

Bagaimanapun tindakannya itu mengundang rasa kurang senang di kalangan netizen kerana seolah-olah meraikan berita tentang penceraian tersebut. Beberapa individu turut menyingkap kembali kisah wanita berkenaan namun wanita tersebut sehingga kini dilihat tidak menjawab sebarang komen yang ditinggalkan.

Untuk pengetahuan anda, kisah mengenai pasangan ini satu ketika dahulu pernah viral kerana isteri sendiri yang pergi meminang untuk suami. Namun apakan daya, jodoh ketentuan bukan kita yang aturkan. Sementara itu, bekas isteri lelaki berkenaan turut memuatnaik status terkini mengenai hubungan mereka.

Melalui kenyataan dengan akaun Facebook Ain Soleh itu, dia tidak mahu memanjangkan perkara berkenaan selain memohon agar ‘pihak sana’ tidak memuatnaik gambar perkahwinan bersama bekas suaminya sebelum ini. Melalui kenyataan Ain, dia dan bekas suami sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung seterusnya membuatkan dia mengambil keputusan untuk berpisah.

Tambahnya lagi, dia berlapang dada dengan perkara yang terjadi dan tidak menyimpan dendam pada sesiapa. Ternyata pelbagai reaksi yang diterima di ruangan komen malah ada yang merasakan kisah keruntuhan rumah tangga sebegini tidak sepatutnya dikongsikan di laman sosial. Apa pun, biarlah hanya pemilik badan sebenar yang menyimpan kisah peribadi dan punca perpisahan mereka. Semoga perkara ini juga menjadi iktibar buat semua.

Kenangan Jadi Bekas Pesakit Covid-19 Stage 5 Ketika Hamil 5 Bulan, Kongsi Cerita Ketika….

0

Saban hari, kita dapat lihat peningkatan kes jangkitan Covid-19 bukan sahaja terhadap warga emas, malah ibu hamil juga berada dalam golongan berisiko. Oleh itu, amat penting untuk ibu-ibu semua mengambil suntikan vaksin apabila usia kandungan sudah mencapai 14 minggu hingga 33 minggu.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh wanita ini dimana dia merupakan bekas pesakit Covid-19 Stage 5 dan sedang hamil usia kandungan 5 bulan. Seperti yang kita tahu, kita baru sahaja kehilangan penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang pernah berada di situasi yang sama seperti apa yang dikongsikan wanita ini. Jadi, ini kisahnya sebagai seorang ‘Covid Survivor’ yang masih hamil.

23Hb disahkan positif.. walaupun tak ada simptom..doktor suruh pakai gelang.. kurantin kat rumah. 24hb.. Masa kurantin kat rumah 2 hari.. anak-anak takkan faham kena jauh dari umi dia.. walaupun dah asing bilik. tetap juga dorg datang tidur dengan kita. Tunggu umi dia bangun layan dorang.. masa ni dah start batuk la, seram sejuk.. asyik berselubung dalam toto yangg paling tebal. Lega demam tu kejap jek.. pastu dia datang balik.. memang anak terbiar la masa tu.. nasib ada suami yang baik..

25hb.Tidur tak kena. duduk tak kena.. buat apa semua tak kena.. makan dua suap rasa penat dia melampau. Sampaikan nak basuh tangan penat macam apa jek..Masa ni bincang dengan suami, ada baik biar ayg ke hospital.. kita tak tau kalau oksigen takde dalam badan, dengan batuk tambah teruk.. sian pulak baby dalam perut. Sakit agaknya bila umi batuk macam nak mati.. Nampak la suami dah sedih.. dia call juga ambulan.. sebab fikir dua nyawa.. pujuk suami.. Insyallah ayg kuat tuk family kita.. Bila ambulan sampai.. benda paling sedih tak dapat peluk cium anak-anak.. sebab deria bau memang dah tak ada. Masa naik ambulan.. anak-anak macam pelik je tengok.. Alhamdulillah dorang tak nangis.. mungkin tau umi dia memang tak sihat kan.. Masuk ambulan.. MA cek nadi oksigen semua.. oksigen masih ok ya masa ni.. nadi dengan jantung je.. Masyallah.. Laju sangat.. Terus ambulan pecut pergi hospital.

Sampai hospital.. bahagian kecemasan covid19.. Allahu.. terlalu ramai orang yang tunggu untuk gas oksigen.. semuanya..
Oleh kerana umi ni pregnant.. umi dibawa masuk ke khemah yang tidak bercampur dengan lelaki..Bila cek punya cek.. paru-paru di suspek ada kuman.. patut la batuk macam apa je.. so buat XRay apa semua.. terus di hantar ke wad lama A-1..

26hb. Fikir diri kuat.. nak pergi toilet sendiri.. mandi apa semua. Tak sedar pulak masa ni oksigen dah nak drop, batuk teruk.. berkahak warna merah.. Allahu.. tuhan je tau masa tu.. Datang doktor cek spo² atau oksigen dalam badan.. dah turun ke 89%..masa ni nurse call suami.. bersedia la dengan sebarang kemungkinan. Padahal masa ni dorang transfer umi ke wad baru. Wad Covid-19.. pemantauan depan mata doktor.. suami dah nangis dah.. mak call pun dah nangis. umi soal dorang.. kenapa mesti nak nangis.. umi hidup lagi.. ok lagi.. cuma nak amik oksigen je kat wad lain..Jangan la nangis.. kita nak berjuang ni.

Sampai wad baru tu.. duk kat bilik 4 org dulu..pasang oksigen. Tapi oksigen masih tak cantik.. dorang suruh tidur meniarap, tapi tak boleh sebab kita ada baby dalam perut.. kesian baby terhimpit. Dengan laju nurse nama kak senah suh tukar p ke bilik yang betul depan dengan doktor bertugas. Pesan dia sampai sekarang ingat lagi.. kau kena kuat.. kau kena berjuang.. fikirkan baby.. lupakan segala benda kat luar tu.. Akak sayang kau.. akak nak kau bangkit.. Sihat demi baby.. Masa ni memang mata kuyu.. tapi semangat angkat tangan.. bagitau.. pasti bangkit kak.. pastu tidur… penat agaknya di tolak sana sini.

Next day..Oksigen still tak sampai ke paru-paru. Doktor kat wad discuss dengan doktor bius solutions yang perlu untuk wanita mengandung ni.. masa ni macam dah gegar dah jantung. Adakah aku akan ditidurkan.. adakah aku tak berjumpa lagi dengan semua.. Ya Allah… tengok tak permainan Covid-19 ni.. dia main emosi kita wey…

Nurse sibuk dah pasang tiub kencing dgn pampers. Doktor datang bagitau.. awak dari stage 2 ke stage 5 sekarang ni.. Masa ni macam blurr.. Tak nak pikir apa dah.. pikir nak sihat. Doktor pun tunjuk mesin booster oksigen.. Masa ni termenung gak, doktor terus tepuk. Kami takkan tidurkan awak.. mesin ni tuk booster oksigen terus ke paru-paru awak.. jadinya macam nak bagi cepat sampai la oksigen tu.. owhhh.. ok baru Faham..

Memang masa pakai oksigen ni.. nama dia C-PAP.. Tak terasa langsung udara luar.. memang grip abis kat mulut dengan hidung. Time ni gak dah on antibiotik.. masa ni berdoa moga kuman dalam paru-paru hilang.. sebab bila batuk buang kahak ada kemerahan… masa ni pun tawakal je la. Pengalaman pakai C-PAP oksigen ni.. Allahuakbar.. Rimas memang rimas tapi sabar je..

Pastu kan bila tertidur pakai oksigen ni rasa macam ada dua orang je.. mcm split person dengan diri sendiri..

Sopan Sangat. Nenek 92 Tahun Bercakap Dengan ‘Dialek’ Pattani. Tetapi Lain Pula Yang Dipuji.

0

Meskipun masyarakat Melayu kaya dengan bahasa serta dialek yang cukup unik mengikut faktor geografi, namun kebanyakan generasi muda masa kini lebih gemar ‘merojakkan’ bahasa. Budaya tersebut agak normal memandangkan kini sudah menjadi bahasa pertuturan harian.

Namun sedarkah anda bahawa percampuran Bahasa Melayu dan Inggeris sebenarnya meletakkan identiti bangsa kita di hujung tanduk? Malahan saban hari, penghargaan masyarakat terhadap Bahasa Melayu semakin meniipis.

Namun melalui sebuah perkongsian yang dibuat oleh pengguna Twiitter nazirshahmhd, seorang warga emas menjadi perhatian kerana masih menuturkan dialek yang semakin ditelan zaman.

Menuturkan dialek Melayu Patani dengan lancar, nenek yang bertudung putih berkenaan sempat menceritakan serba sedikit mengenai kehidupannya pada zaman penjaajahan Jepun.

Selain tertarik dengan keunikan bahasa asli berkenaan, nampaknya netizen mula menyedari kecantikan awet muda yang dimiliki oleh warga emas ini. Walaupun umurnya sudah 92 tahun, namun dia masih kelihatan sihat tubuh badan dan mampu memberikan senyuman manis sewaktu berkongsikan cerita hidupnya.

Ketika warga emas lain mungkin sudah nampak lebih tua kerana semakin dimamah usia, namun netizen pula menyifatkan hakikat sebaliknya setelah melihat Mok Kak Ngoh.

Ada juga yang berpendapat bahawa dia sebenarnya seorang rupawan ketika muda dahulu. Tidak ketinggalan, mereka sempat membandingkan nenek ini dengan diri mereka.

Sumber : Twiitter Munshi dan Zhafri