Home Informasi Pak guard’ ‘Pergi’ Selepas 8 Bulan Dipukul, Polis Klasifikasi Semula Kes… Nak Tengok Video Rakaman Pun Tak Sanggup!

Pak guard’ ‘Pergi’ Selepas 8 Bulan Dipukul, Polis Klasifikasi Semula Kes… Nak Tengok Video Rakaman Pun Tak Sanggup!

0
Pak guard’ ‘Pergi’ Selepas 8 Bulan Dipukul, Polis Klasifikasi Semula Kes… Nak Tengok Video Rakaman Pun Tak Sanggup!

Sejak beberapa hari yang lalu, tular di media sosial video seorang pengawal keselamatan di belasah oleh seorang lelaki yang membawa anaknya di sebuah kondominium. Walau bagaimanapun, video tersebut difahamkan berlaku pada tahun lepas iaitu pada 28 Disember 2020 dan bukan seperti yang didakwa.

Walau bagaimanapun, apa yang membuatkan orang ramai berasa sedih dan geram adalah pak guard tersebut menderita hampir 8 bulan selepas dibelasah. Hal ini dinyatakan sendiri anak saudara kepada mangsa yang dikenali sebagai Nelson Raj.

Susulan daripada perkongsian video dan perkhabaran pemergian pengawal keselamatan tersebut

, pihak polis telah menjelaskan bahawa video yang tular adalah video lama dan suspek juga sudah dikenalpasti. Oleh itu, pihak polis telah mengklasifikasikan semula kes berkenaan sebagai kes bunuh. Hal tersebut dinyatakan sendiri menerusi kenyataan media pihak Polis Kontinjen Negeri Perak.

Dalam siaran media tersebut, Ketua Polis Perak, Dato’ Pahlawan Mior Faridalathirash bin Wahid memaklumkan yang pihak polis telah mengklasifikasikan semula kes ini pada hari mangsa meninggal dunia di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Setakat ini, pihak polis masih menunggu arahan selanjutnya dari pihak pendakwaraya. Terdahulu, video seorang pengawal keselamatan dibelasah oleh seorang lelaki di sebuah kondominium di Perak telah membuatkan ramai yang marah.

Rakaman CCTV tersebut ditularkan oleh ahli keluarga mangsa susulan mangsa yang terlantar 8 bulan selepas kejadian tersebut meninggal dunia. Pihak polis juga telah menjelaskan situasi sebenar kes dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes masih lagi berjalan.

Semoga ada keadilan buat mangsa dan suspek menerima hukuman selayaknya.

Sumber: Facebook Nelson Raj, Polis Perak, Twitter @rudyakhbar_

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here