<
>

PDRM Tawar Diskaun 50% Untuk Bayaran Saman Trafik Bermula Esok

PDRM Tawar Diskaun 50% Untuk Bayaran Saman Trafik Bermula Esok baik buat semua pengguna jalan raya, bersempena dengan Hari Polis ke-213, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan potongan sehingga 50 peratus bagi saman-saman tertentu.

Bermula daripada 25 hingga 29 Mac ini, anda boleh membuat pembayaran secara dalam talian (e-Payment) selama lima hari tersebut.

Kempen Bayaran Saman Secara e-Payment Dengan Diskaun 50% Sempena Peringatan Hari Polis Ke-213.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, kempen itu bertujuan menggalakkan orang ramai membayar saman dengan cara lebih mudah.

Dalam masa sama ia berikutan penutupan kaunter saman di Ibu Pejabat Polis seluruh negara sejak 18 Mac yang lalu.

Para pengguna yang mahu membayar saman boleh membuat pembayaran secara dalam talian melalui laman sesawang MyEG atau Rilek.

Difahamkan, diskaun ini ditawarkan sebagai langkah untuk meringankan beban ditanggung oleh masyarakat ketika ini yang kini berdepan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Sumber: Rotikaya

Pengeluaran, penghantaran roti Gardenia seperti biasa

Pengeluaran, penghantaran roti Gardenia seperti biasa.¬†Syarikat pengeluar roti di Malaysia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia) akan terus menghasil dan […]

Umur 28 Hingga 32 Umur Terbaik Untuk Berkahwin!

Umur 28 Hingga 32 Umur Terbaik Untuk Berkahwin! Bilakah umur yang sesuai untuk perkahwinan? Satu kajian telah menemui jawapannya. Kajian […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *