<
>

Pengeluaran, penghantaran roti Gardenia seperti biasa

Pengeluaran, penghantaran roti Gardenia seperti biasa. Syarikat pengeluar roti di Malaysia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia) akan terus menghasil dan menghantar roti serta produk lain selama tujuh hari seminggu termasuk sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dijalankan.

Dalam satu kenyataan ringkas di Facebook, syarikat itu berkata, penghantaran harian ke pasar raya dan kedai lain akan diteruskan seperti biasa.

“Kami menggesa semua pengguna untuk bertenang dan membeli mengikut keperluan biasa dan penggunaan harian.

ROTI Gardenia yang dijual di sebuah pasar raya. FOTO Asyraf Hamzah.

“Gardenia sentiasa bersama anda, dan kami ingin meyakinkan anda sedang melakukan yang terbaik, bekerja 24/7 untuk meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi keperluan pengguna sekalian,” katanya.

Sebelum ini, syarikat itu memaklumkan tidak dapat menambah bekalan produknya di pasaran disebabkan pengeluaran roti di kilang Gardenia kini sudah sampai ke tahap maksimum.

“Oleh yang demikian, kami tidak dapat lagi menambahkan bekalan produk kami di pasaran,” katanya.

Terdidiknya Akhlak Seorang Isteri Apabila Baiknya Seorang Suami

Terdidiknya Akhlak Seorang Isteri Apabila Baiknya Seorang Suami. Apabila seorang perempuan dia menikah. Maka cerminan kepada perempuan itu adalah suami dia. […]

PDRM Tawar Diskaun 50% Untuk Bayaran Saman Trafik Bermula Esok

PDRM Tawar Diskaun 50% Untuk Bayaran Saman Trafik Bermula Esok baik buat semua pengguna jalan raya, bersempena dengan Hari Polis ke-213, […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *