Home Hiburan Ramai Belum ‘Move On’. Jom Kenali Pelakon ‘Squid Game’ Dalam Kehidupan Sebenar!

Ramai Belum ‘Move On’. Jom Kenali Pelakon ‘Squid Game’ Dalam Kehidupan Sebenar!

0
Ramai Belum ‘Move On’. Jom Kenali Pelakon ‘Squid Game’ Dalam Kehidupan Sebenar!

Hampir seminggu ditayangkan, Squid Game berjaya mengalahkan Sweet Home sebagai rancangan bersiri Korea paling ditonton di Netflix. Seperti dijangka, para pelakon Squid Game dikatakan berjaya mengumpul beribu-ribu follower di media sosial disebabkan tayangan drama ini.

Drama bergenre survival thriller ini juga menjadi topik yang trending di media sosial kerana jalan ceritanya yang cukup mencemaskan dan banyak menyentuh realiti kehidupan.

Squid Game juga tidak akan berjaya tanpa barisan para pelakon yang berjaya membawakan watak yang diberikan. Jom kita kenali pelakon Squid Game !

1. LEE JUNG JAE

Lee Jung Jae yang memegang watak sebagai Seong Ki-Hoon (Peserta No. 456) dalam drama ini sebenarnya telah mula berlakon sejak tahun 1993.

Anda mungkin kenali beliau dari filem terkenal seperti The Thieves (2012) dan Svaha : The Sixth Finger atau K-drama Chief of Staff.

Lee Jung Jae juga merupakan seorang pemegang ijazah dari Dongguk Universiti dalam bidang Theatre & Film Art.

Selain berlakon, beliau juga terkenal sebagai pemilik francais restoran Itali iaitu Il Mare. Beliau juga memiliki beberapa perniagaan lain bersama pelakon Jung Woo Sung yang juga merupakan sahabat baiknya.

Mereka juga membangunkan entertainment label sendiri bernama Artist Company dan bersama-sama memegang jawatan sebagai CEO sejak 2016. Artist Company dianggotai oleh beberapa pelakon papan atas seperti Go A ra, Park So Dam, dan Esom.

2. JUNG HO-YEON

Kang Sae-byeok, seorang pelarian dari Korea Utara yang menyertai Squid Game demi menyatukan keluarganya dibintangi oleh Jung Ho-Yeon.

Tahukah anda, sebenarnya Squid Game ialah lakonan pertama beliau. Sebelum ini, Jung Ho-Yeon mula muncul di kaca TV sebagai naib juara Korea’s Next Top Model Musim Ke-4.

Sejak muncul sebagai pelakon, heboh juga gossip beredar mengenai Jung Ho Yeon yang dilaporkan bercinta dengan pelakon drama Reply 1998, Lee Dong Hwi.

3. PARK HAE-SOO

Park Hae Soo merupakan antara wajah yang familiar bagi peminat K-drama. Pelakon yang memegang watak Cho Sang-woo (Peserta No. 218) dalam Squid Game juga popular menerusi drama Prison Playbook, Legend of The Blue Sea dan Time To Hunt.

Park Hae Soo juga bakal membintangi Money Heist remake sebagai Berlin.

Squid Game telah menjadi bukti bakat Park Hae-soo yang cukup versatil menghidupkan pelbagai watak.

Dalam drama ini, beliau memegang watak sebagai rakan sekolej Seong Ki-Hoon yang turut serta mempertaruhkan nyawa untuk memenangi hadiah jutaan won.

4. WI HA-JOON

Wi Ha-joon memegang watak sebagai seorang polis yang mencari abangnya yang hilang setelah menyertai Squid Game.

Pelakon ini mula menceburkan diri dalam bidang lakonan menerusi filem Coin Locker Girl.

Sejak itu, beliau banyak muncul di K-drama seperti Something In The Rain, 18 Again dan Romance is A Bonus Book.

5. HEO SUNG TAE

Heo Sung Tae memegang watak Jang Deok-su, seorang gangster yang terjerat dalam hutang.

Debut dalam bidang lakonan pada tahun 2011, Heo Sung Tae telah membintangi pelbagai drama popular seperti Beyond Evil, Racket Boys, dan Voice 3.

6. ANUPAM TRIPATHI

Ali (Peserta No. 199) merupakan antara watak yang cukup menyerlah dalam Squid Game.

Watak ini diterajui oleh Anupam Tripathi yang berasal dari India.

Wataknya sebagai seorang pekerja warga asing di Korea yang terpaksa sertai Squid Game selepas menimbulkan masalah kepada bossnya di kilang. Walau bagaimanapun, hati Ali baik dan dia sangat hargai orang sekelilingnya.

Sebenarnya Squid Game bukanlah lakonan pertama Anupam dalam industri perfileman Korea.

Sebelum ini, dia pernah berlakon dalam filem Miss & Mrs Cops, Space Sweepers dan drama Arthdal Chronicles.

Kalau nak tahu, Anuman juga merupakan seorang lulusan dari Korea National University for Arts!

7. KIM JOO-RYUN

Kim Joo-Ryung pula memegang watak sebagai Han Mi-nyeo (Peserta No.212), seorang peserta wanita berusia 40an yang agak menjengkelkan namun sangat competitive dalam memenangi Squid Game.

Pelakon berusia 45 tahun ini pernah membintangi pelbagai filem seperti Silenced, Memories of Murder, dan turut membintangi drama Welcome to Waikiki 2 dan Ms Hammurabi.

8. OH YOUNG-SOO

Pelakon veteran Oh Young-soo berperanan sebagai Oh Il Nam dan dikenali sebagai peserta No. 001 di Squid Game.

Walaupun disahkan menghidap tumor, Oh Il Nam ingin menghabiskan penghujung usianya dengan menyertai permainan ini.

Walaupun dikira watak sokongan, namun watak ini memegang kejutan pada hujung plot cerita. Ramai yang ‘bengang’ dengan atok ni tau!

Kalau nak tahu, kenalah tonton sampai habis ye.

9. LEE YOO MI

Walaupun wataknya hanya dalam beberapa episod, pelakon Lee Yoo-Mi yang dikenali sebagai Ji Young yang bergandingan dengan Sae Byeok dalam pertandingan guli ini berjaya menarik perhatian ramai.

Dikatakan memiliki wajah keanak-anakan, percayakah anda bahawa Lee Yoo-Mi ini sudahpun berusia 27 tahun?

Walaubagaimanapun, beliau juga bukanlah pelakon baru kerana sudah hampir 10 tahun dalam industri ini.

Sehingga kini, beliau telah berlakon dalam 12 filem dan 14 buah drama, tidak termasuk web-drama atau drama TV.

HEBAT-HEBAT SEMUA PELAKON SQUID GAME KAN?

Anda dah habis binge drama Squid Game? Apa pendapat anda tentang drama ini?

Yang pastinya drama ini berjaya menggamit memori kanak-kanak kita namun ditambah lagi dengan elemen yang suspens dan brutal.

Ramai yang turut memuji detail pada set penggambaran serta runut bunyi yang membawa penonton pada memori ketika bermain masa kecil dahulu.

Jangan lupa untuk menonton Squid Game yang tengah trending di Netflix!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here