Home Informasi Ramai2 Sengaja Tayang Sijil Vaksin, Pemuda Bangga Dapat Makan di Luar!

Ramai2 Sengaja Tayang Sijil Vaksin, Pemuda Bangga Dapat Makan di Luar!

0
Ramai2 Sengaja Tayang Sijil Vaksin, Pemuda Bangga Dapat Makan di Luar!

Sejak kerajaan mengumumkan beberapa kelonggaran bagi individu yang lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk berkongsi aktiviti ‘kebebasan’ mereka di media sosial.

Sijil digital vaksinasi umpama pasport itu seolah-olah menjadi kebanggaan untuk dipamerkan seperti dilakukan seorang pemuda ini ketika menikmati hidangan secara ‘dine-in’ di sebuah restoran.

Menerusi platform TikTok, @jamalhujan merakam gelagat beberapa rakannya yang gembira apabila akhirnya dapat melakukan aktiviti ‘dine in’ setelah beberapa bulan ‘berkurung’ di rumah.

Video pendek berdurasi sembilan saat itu memaparkan mereka menunjukkan sijil masing-masing daripada aplikasi MySejahtera sambil menikmati makanan atas meja dengan penuh berselera.

Rakaman tersebut meraih 1.8 juta tontonan dan lebih 7,362 komen netizen yang memberikan pelbagai reaksi terhadap sikap ‘menayang’ mereka yang disifatkan tidak menjaga hati segelintir individu.

@jamalhujan

♬ bunyi asal – Not Ryzz帝 – RICH • iRyzz

Ini kerana ada individu yang masih belum lengkap vaksinasi sekali gus menimbulkan rasa cemburu untuk melepaskan rindu bagi melakukan aktiviti sama.

Bagaimanapun

Kup Doxycycline bez recepty

, terdapat juga netizen mengecam tindakan @jamalhujan dan rakan-rakan yang dikatakan antara punca kes jangkitan tidak surut selain menasihati supaya makan di rumah sahaja.

Tak salah keluar sekejap, rindu juga nak makan di restoran. Yang penting jangan lupa SOP. Dah selesai terus balik ya, bukan merayau!

Sumber: TikTok @jamalhujan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here