Home Informasi Rekod Lelaki Tak Dikenali Ngaku Jodoh, Gadis Kena ‘Sound’ Gatal Ganggu ‘Boyfriend’ Orang

Rekod Lelaki Tak Dikenali Ngaku Jodoh, Gadis Kena ‘Sound’ Gatal Ganggu ‘Boyfriend’ Orang

0
Rekod Lelaki Tak Dikenali Ngaku Jodoh, Gadis Kena ‘Sound’ Gatal Ganggu ‘Boyfriend’ Orang

Seakan menjadi trend pula apabila ada ramai pengguna sosial yang suka merakam video individu lain yang tidak dikenali dan memuat naik ke media sosial mereka dengan kapsyen berkaitan ‘jodoh’.

Walaupun ada sahaja kaum lelaki yang melakukan hal tersebut, tapi kebanyakkannya ialah kaum perempuan. Bukan mahu melabel mereka ‘gedik’ tetapi siapa tak geram apabila teman lelaki sendiri viral dan didakwa’ bakal jodoh’ seseorang tak dikenali.

Hal ini dikongsikan sendiri oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @Sky&Nanda apabila meluahkan rasa geram susulan lelaki yang dirakam tersebut adalah teman lelakinya.

Walaupun tidak ‘menyerang’ akaun TikTok gadis tersebut secara terus, dia sempat menjelaskan hal berkenaan dengan memuat naik gambar bersama teman lelakinya dan menyertakan sebuah lagu memberi bayangan bahawa pemuda itu sudah ‘berpunya.’

Muat naik yang dibuat oleh @Sky&Nanda itu telah mendapat lebih daripada 1.4 juta tontonan dan terus menerima pelbagai maklum balas di ruangan komen.

Ramai tak setuju rakam orang senyap2

Rata-rata daripada mereka bersetuju dengan cara gadis tersebut yang menegur perbuatan merakam orang tak dikenali sesuka hati dan menularkannya.

Individu yang merakam teman lelakinya turut dikecam hebat netizen dan telahpun memadam video yang telah dikongsikan tempoh hari.

Sumber: TikTok @Sky&Nanda

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here