Home Informasi Sanggup Reka Cerita 14 Ahli Keluarga Mati Sebab Covid-19, Ini Kisah Sebenar Yang Terjadi! Mak Sendiri Terkejut…

Sanggup Reka Cerita 14 Ahli Keluarga Mati Sebab Covid-19, Ini Kisah Sebenar Yang Terjadi! Mak Sendiri Terkejut…

0
Sanggup Reka Cerita 14 Ahli Keluarga Mati Sebab Covid-19, Ini Kisah Sebenar Yang Terjadi! Mak Sendiri Terkejut…

Seorang lelaki yang mengaku bersalah selepas menipu dua rakannya bagi meraih sumbangan dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM16,000 di Mahkamah Kota Tinggi, hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh Mohd Zahazan Zainon didakwa menipu rakan sekerja dengan mengatakan ahli keluarganya meninggal dunia akibat Covid-19 sehingga mendapat sumbangan RM7,857.

Kenyataan palsu

Bagi pertuduhan kedua pula, lelaki berusia 45 tahun itu didakwa menipu seorang lagi rakan sekerjanya sehingga mangsa melakukan transaksi RM500.

Zahazan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama tempoh tidak kurang dari setahun dan tidak lebih sepuluh tahun dan boleh dikenakan denda.

Selain itu, peguam tertuduh Nurul Hidayah Mohd Asri memohon hukuman ringan kerana tertuduh mempunyai tanggungan iaitu empat anak hasil perkahwinan terdahulu serta dua anak yang masih bersekolah.

Terdahulu

, penyelia kontrak di Kompleks Bersepadu Pengerang itu mendakwa kehilangan 14 ahli keluarga akibat Covid-19 dan meraih sumbangan sejumlah RM91,000 menerusi maklumat yang tular di media sosial.

Sumber: Harian Metro (Omar Ahmad) , Facebook Rizal Hakimm Punyer

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here