“Saya Minta Maaf, Saya Tak Dapat Nak Bantu Ramai Lagi…”

“Saya Minta Maaf, Saya Tak Dapat Nak Bantu Ramai Lagi…” – Ustaz Ebit Lew. Sejak semalam, nama Ustaz Ebit Lew telah menjadi carian utama susuan tindakkannya membeli 100 unit tablet buat para pelajar yang susah untuk mengikuti pembelajaran secara online.

Anak Siapa Pula Mengendap Dekat Belakang Pagar Rumah Ni?

Menurut muat naik yang dilakukan, pendakwah muda tersebut meminta orang ramai yang betul-betul mengalami kesulitan menghubungi talian yang disertakan dalam posting tersebut untuk memastikan mereka yang benar-benar layak menerimanya.

Terima ribuan mesej bantuan

Susulan daripada itu, beliau telah menerima ribuan mesej menceritakan kesusahan yang mereka alami lebih-lebih lagi berkenaan pembelajaran anak-anak.

Beliau turut berasa sebak apabila menerima ribuan permohonan sumbangan keperluan harian seperit kerusi roda, van jenazah dan juga tablet dari pelbagai bangsa, negeri dan juga mereka yang kehilangan pekerjaan serta golongan kelainan upaya (OKU).

Minta maaf tak dapat bantu semua

Ebit Lew mengakui sebak mengenangkan kesulitan yang dihadapi oleh mereka dan benar-benar berasa ralat kerana tidak dapat membantu semua orang yang ditimpa musibah. Dalam perkongsiannya sebentar tadi, pendakwah selebriti itu dengan tulus hati memohon maaf dan berharap dosanya diampunkan.

Beliau juga berdoa agar mereka yang benar-benar berada dalam kesusuhan diberikan bantuan dan dipermudahkan urusan oleh Allah S.W.T.

Ustaz dah lakukan yang termampu

 

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan Facebook Ustaz Ebit Lew dengan mengucapkan terima kasih kepada beliau.

Mereka juga mengakui bahawa pengorbanan pendakwah itu dalam membantu insan-insan serba kekurangan dengan cepat amatlah dihargai dan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia.

Terima kasih ustaz terus membantu kami

 

Semoga urusan ustaz terus dipermudahkan

Saya

Ustaz dah usaha yang terbaik

Saya

Sumber: Ebit Lew

Wanita Terbaring Akibat Diragut, Polis Berjaya Berkas Peragut!

Wanita Terbaring Akibat Diragut, Polis Berjaya Berkas Peragut! Tular satu video rakaman tertutup berdurasi 34 saat di Facebook memaparkan seorang […]

Tak Pernah Gaduh, Masam Muka Sepanjang 15 Tahun, Bila Suami Meninggal Ini Yang Berlaku!

Tak Pernah Gaduh, Masam Muka Sepanjang 15 Tahun, Bila Suami Meninggal Ini Yang Berlaku! Seorang ejen syarikat insuran kongsi masalah […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *