Home Informasi Tayang Kereta Tesla di IG, Ramai Tanya Bos Air Asia ‘Refund Ticket’ Orang Ramai!

Tayang Kereta Tesla di IG, Ramai Tanya Bos Air Asia ‘Refund Ticket’ Orang Ramai!

0
Tayang Kereta Tesla di IG, Ramai Tanya Bos Air Asia ‘Refund Ticket’ Orang Ramai!

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes merupakan antara individu terkaya di Malaysia. Jadi tidak hairanlah apabila beliau mampu memiliki kereta-kereta mewah dan ‘rare’ sebagai koleksi peribadinya.

Terbaru, Tan Sri Tony Fernandes telah memuat naik gambar bersama sebuah kereta Tesla Model Y iaitu sebuah kenderaan Crossover SUV. Menurut kapsyen yang disertakan, beliau memberitahu yang kereta tersebut merupakan kereta yang bebas daripada pencemaran dan dapat melindungi serta memelihara alam sekitar.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian ramai adalah komen-komen yang diterima di ruangan Instagramnya apabila ada beberapa individu menyuarakan perihal gaji serta bayaran balik berkenaan tiket pesawat Air Asia yang ‘burn’ disebabkan pandemik.

Tak hanya itu, posting berkenaan juga telah menjadi perbualan di laman Twitter apabila ramai yang perasan akan komen-komen yang diterima Tan Sri Tony Fernandes di postingannya bersama kereta baru yang diperoleh sewaktu Hari Kemerdekaan tempoh hari.

Susulan daripada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group terus menerima hujatan daripada netizen kerana beberapa isu termasuklah berkenaan bayaran balik tiket pesawat yang sudah ditempah namun jadual penerbangan dibatalkan kerana masalah-masalah tertentu.

Refund? Hahahah….

Sumber: Instagram Tony Fernandes

, Twitter @esshimself

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here