Home Informasi Terbeli Tilam Fake! Patutlah Tidur Asyik Sakit Badan, Wanita Kongsi Tilam Harga RM800 Hanya Dilapik Gabus!

Terbeli Tilam Fake! Patutlah Tidur Asyik Sakit Badan, Wanita Kongsi Tilam Harga RM800 Hanya Dilapik Gabus!

0
Terbeli Tilam Fake! Patutlah Tidur Asyik Sakit Badan, Wanita Kongsi Tilam Harga RM800 Hanya Dilapik Gabus!

Hari ini manusia mungkin sanggup menipu apa saja asalkan mendatangkan keuntungan padanya. Ini termasuklah peniaga yang mahu mengaut untung berlebihan termasuk menipu orang ramai tanpa mengira apa kesannya pada pengguna.

ALLAH SWT dan Rasulullah SAW amat murka kepada peniaga yang menipu dalam urusan jual beli. Hal ini dinyatakan dalam surah Al Mutaffifin ayat 1-3 yang bermaksud:

“Celakalah (seksalah) bagi orang yang menipu (dalam timbangan dan sukatan). Apabila mereka menerima sukatan daripada orang lain, mereka sempurnakan (penuhkan). Dan apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangkan.” – Surah al-Mutaffifin: 1-3.

Peniaga mungkin untung seketika di dunia saja tapi di akhirat azabnya sangat menakutkan.

Bercakap dalam menipu dalam urusan jual beli, di aplikasi Tik Tok atas nama ArysaSofea @arysareana berkongsi satu pengalaman “tidak masuk akal” di mana tilam besar dibelinya pada harga RM800 di satu kedai penjualnya Pakistan, sebenarnya adalah tilam fake.

Ini kerana tidak sampai setahun digunakan, tilam itu mula mengelembung di bahagian tengahnya dan terdapat tompokan hitam di bahagian alas kainnya.

Malah dia mengakui badannya juga agak sakit-sakit bila bangun dari tidur saat menggunakan tilam tersebut. Rasa ingin tahu apa di sebalik tilamnya, ArsyaSofea bertindak memotong sedikit dan apa yang mengejutkan, jika tilam sepatutnya diperbuat dari campuran span, latex, spring dan lain lagi (bergantung pada harga dan kualiti tilam) tilamnya hanya dilapik menggunakan span dan banyak gabus dipecah-pecahkan (bahagian atas ada span nipis).

Malah dia sudah menghubungi kedai “Pakistan” berkenaan dan mereka mahukan bukti video untuk bertanya kepada pihak pengilang. Dan pastinya siapa yang berada di tempatnya akan berasa kecewa, geram dan marah andai ditipu begini kerana duit bukan boleh dipetik dari daun atau bersepah di tepi jalan sebaliknya perlu bekerja untuk mendapatkan rezeki tersebut. Dan nilainya juga bukanlah terlalu murah.

Rata-rata komen dari pengguna mengakui dengan harga berkenaan, dirinya sepatutnya boleh mendapat tilam berkualiti dengan jaminan 10 tahun lamanya dan bukan barangan fake.Malah rata-rata terperanjat hanya gabus di dalamnya termasuk ada menyuruhnya membuat laporan polis dan lapur ke KPDNKK.

@arysareana

Part 2 mmg bangang dan anjing bangat kilang tilam ni…serius aku sakit hati.#bengang #fypシ #trending

♬ original sound – ArysaSofea @ARYSA BEAUTY – ArysaSofea @ARYSA BEAUTY

Sebenarnya kisah penipuan dalam urusan jual beli ini sudah pun terjadi di zaman Nabi Syuiab lagi di mana kaum Madyan amat gemar melakukan penipuan dalam urusan timbangan hingga Allah menurunkan bala dan membinasakan kaum ini dengan gempa bumi yang sangat dahsyat.

Dan adab sebagai peniaga pula, adab dalam urusan barangan yang rosak di mana Islam melarang kita menjual barang sedemikian dengan harga yang sama dengan barangan yang berkeadaan baik. Hikmah larangan ini adalah untuk mengelakkan tidak timbul kes penipuan, ketidakadilan dan penyesalan oleh pembeli.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Barang siapa menjual barang yang cacat di mana ia tidak menerangkannya, maka sentiasa ia berada dalam kemurkaan ALLAH dan malaikat sentiasa melaknatinya.” – HR Ibnu Majah

Di samping itu, Islam juga melarang kita menjual barangan dengan harga yang terlalu tinggi kerana mengharapkan keuntungan yang besar. Perbuatan seperti itu menurut para ulama, kurang mendapat keberkatan Ilahi kerana penjual hanya mementingkan keuntungan material semata-mata.

Tonton videonya di mana dia memotong keseluruhan tilam fake berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here