Home Informasi Video Lelaki Pukul Anak Bikin Netizen Geram, Tapi Anak Kecil Ini Sempat ‘Back-up’ Jangan Tumbuk Ayahnya!

Video Lelaki Pukul Anak Bikin Netizen Geram, Tapi Anak Kecil Ini Sempat ‘Back-up’ Jangan Tumbuk Ayahnya!

0
Video Lelaki Pukul Anak Bikin Netizen Geram, Tapi Anak Kecil Ini Sempat ‘Back-up’ Jangan Tumbuk Ayahnya!

Baru-baru ini tular di media sosial video seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai dipukul oleh bapanya sendiri di tempat awam. Siapa yang tidak geram melihat kanak-kanak kecil yang tidak bersalah itu dipukul sehingga terjatuh dan video berkenaan telah mencetus kemarahan warganet.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai Problematic

kupbezrecepty.com

, memaparkan seorang bapa membiarkan anaknya melintas jalan raya dengan sendiri berulang kali sehingga membahayakan nyawa.

Walau bagaimanapun, lelaki yang merakam video tersebut telah memberi amaran kepada lelaki terbabit supaya menjaga anaknya namun dia bertindak menumbuk muka anaknya sehingga terjatuh ke jalan.

Apa masalah awak? Eh you macam mana jaga anak? Awak tahu berapa kali dia lintas jalan raya? Dia nak mati tau. Jaga anak baik-baik lah. Ini anak lain kali jangan bagi lepas. Dia lintas jalan raya awak mati. Dia datang dekat hotel saya.

Lebih memilukan lagi apabila lelaki berkenaan ingin memanggil polis, namun dihalang oleh kanak-kanak perempuan terbabit kerana dia tidak mahu melihat bapanya ditangkap.

Tengok! Anak yang kau pukul tu suruh jangan pukul kau. Habis dia tumbuk muka awak, mana saya boleh tengok. Saya tak tahu awak siapa. Dia mabuk lepas tu pukul awak.

‘Ayah tak sayang saya’

Dalam video yang lain turut memaparkan lelaki yang menolong kanak-kanak berkenaan sedang menyikat rambutnya dengan penuh kasih sayang sambil mengatakan yang dia ingin menjadi ibu dan ayah kepadanya.

Saya nak jadi mak ayah awak boleh sebab saya mak ayah pun dah tak ada.

Kanak-kanak perempuan berkenaan turut mengaku yang ayahnya sering memarahinya dan merasa dia tidak disayangi. Berdasarkan latar belakang video itu, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kuala Lumpur.

Ayah tak sayang saya selalu marah saya. Kalau marah dia, saya marah saya balik.

Sumber : admqri , frzismail , aya_kl6

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here