Home Informasi [VIDEO] Oyen Ditinggalkan Lepas Tuan Pindah Rumah Buat Ramai Sedih, Reaksi Oyen Memang Rasa Nak Pergi Ambil…

[VIDEO] Oyen Ditinggalkan Lepas Tuan Pindah Rumah Buat Ramai Sedih, Reaksi Oyen Memang Rasa Nak Pergi Ambil…

0
[VIDEO] Oyen Ditinggalkan Lepas Tuan Pindah Rumah Buat Ramai Sedih, Reaksi Oyen Memang Rasa Nak Pergi Ambil…

Jika sebelum ini banyak kisah kucing berwarna Oren atau popular dipanggil Oyen ini yang menghiburkan netizen namun kali ini sebaliknya.

Ini kerana, rata-rata netizen yang melihat kisah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok atas nama Azim Aiman Aziz ini mengundang mereka sayu selepas mengetahui si Oyen yang dilihat kesepian rupanya ditinggalkan tuan kerana pindah rumah.

Jelas kelihatan si Oyen yang ditinggalkan ini merasa sedih namun netizen dapat menarik nafas lega kerana difahamkan individu yang menjumpainya telah cuba untuk mendekatkan diri.

Rata-rata netizen yang merasa sayu melihat si Oyen itu bagaimanapun meluahkan rasa kecewa dengan sikap seseorang yang sanggup meninggalkan kucing sendiri.

Individu terbabit bagaimanapun membuatkan netizen merasa syukur kerana dalam video-video yang dimuat naiknya di TikTok turut disertakan perkembangan si Oyen tersebut yang diberi makan dan minum.

@azim4212

Tinggalkan makanan pun dia tak makan #catsoftiktok #kucingtiktok #kucing #catlover

♬ Cinta remix – Tony Roy

Ruangan komen di perkongsian tersebut bagaimanapun dibanjiri dengan pelbagai komen ramai disamping menganggap tidak patut kucing ditinggalkan sedemikian.

“Kenapa perlu tinggalkan dia macam tu, saya ni kalau balik kampung pun takut nak berhari-hari sebab pikir anak-anak bulus ni…”

Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here