Home Informasi [VIDEO] Wanita Baca Jampi Rawat Pesakit Diganggu Jin Secara ‘Online’, Berubat Patuh SOP Kononnya!

[VIDEO] Wanita Baca Jampi Rawat Pesakit Diganggu Jin Secara ‘Online’, Berubat Patuh SOP Kononnya!

0
[VIDEO] Wanita Baca Jampi Rawat Pesakit Diganggu Jin Secara ‘Online’, Berubat Patuh SOP Kononnya!

Sejak pandemik melanda dunia, sememangnya wadah utama untuk berniaga adalah secara atas talian atau online. Dari membeli makanan, keperluan rumah, ubat-ubatan dan juga pembelajaran, semuanya hanya di hujung jari sahaja.

Namun tidak sangka ada juga rawatan alternatif yang dilakukan secara online sahaja untuk mengubati pesakit. Hal ini pasti menjadi tanda tanya orang ramai sama ada ia berkesan ataupun tidak.

Lain macam cara berubat

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @mustakim_ismail

, dia telah memuat naik semula satu video seorang peramal perubatan alternatif sedang melakukan ritual secara atas talian.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna Twitter yang diperoleh daripada aplikasi TikTok, dapat didengar seorang wanita bertelekung sedang mengubati pesakitnya dengan menggunakan kalimat Allah S.W.T dan seolah-olah sedang berinteraksi dengan ‘sesuatu’

Adakah ini syirik?

Hal tersebut membuatkan netizen berasa pelik dengan kaedah rawatannya memandangkan ‘rawatan’ tersebut dilakukan secara live di aplikasi TikTok.

Ramai yang beranggapan bahawa tindakan tersebut agak bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh disifatkan syirik menurut kata netizen.

Sumber: Twitter @mustakim_ismail

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here