Wanita Terbaring Akibat Diragut, Polis Berjaya Berkas Peragut!

Wanita Terbaring Akibat Diragut, Polis Berjaya Berkas Peragut! Tular satu video rakaman tertutup berdurasi 34 saat di Facebook memaparkan seorang penjenayah meragut seorang wanita di sebuah bangunan perniagaan di Telok panglima Garang telah berjaya diberkas polis dalam tempoh 8 jam.

Menurut polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8.20 pagi. Suspek yang bertindak menarik beg tangan wanita tersebut dan mengacukan parang kepada wanita tersebut sehingga menyebabkan mangsa terjatuh.

Imam Masjid Negeri Selangor, Abdul Karim Omar Disahkan Positif COVID-19

“Mangsa mengalami kerugian wang tunai selain dokumen peribadi. Kejadian tersebut juga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan bengkak dan lebam di lengan dan lutut,” tambahnya lagi.

Wanita

Katanya lagi, polis berjaya menahan suspek yang tidak bekerja itu kira-kira jam 4 petang di Sijangkang. Suspek direman pada Rabu untuk siasatan mengikut seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Pihak polis juga akan membuat siasatan lanjut untuk mengenal pasti modus operandi suspek selain mengesan sama ada terdapat penglibatannya dalam kes di daerah Kuala Langat.

Pada Min, mereka yang meragut ni memang patut dikenakan hukuman berat. Banyak kes yang melibatkan kecederaan yang teruk pada mangsa-mangsa yang tidak bersalah. Kadangkala, mereka masih lagi bebas dan tanpa ada rasa serba salah masih lagi ulang aktiviti meragut mereka.

Ada yang sampai kecederaan yang teruk dan ada yang kritikal. Semoga mereka semua diberi pengajaran dan hukuman yang setimpal.

Sumber: Sinar harian

Khidmat ‘Delivery’ Makanan Perlu Ada Surat Kebenaran Polis Atau Surat Majikan – Ismail Sabri

Khidmat ‘Delivery’ Makanan Perlu Ada Surat Kebenaran Polis Atau Surat Majikan – Ismail Sabri. Khidmat penghantaran makanan perlu mempunyai surat […]

“Saya Minta Maaf, Saya Tak Dapat Nak Bantu Ramai Lagi…”

“Saya Minta Maaf, Saya Tak Dapat Nak Bantu Ramai Lagi…” – Ustaz Ebit Lew. Sejak semalam, nama Ustaz Ebit Lew […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *